36 KOD ALASAN MENGAPA ANDA TIDAK LULUS eBR1M 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Penantian memang suatu penyeksaan. Begitulah kita harus tabah menanti, keputusan semakan eBR1M 2015 kali ini. Mungkin sebab ramai sangat yang memohon, keputusan semakan mengambil masa yang lama sedikit.

Untuk makluman, keputusan semakan status permohonan eBR1M 2015 akan dihantar terus pada email anda. Oleh itu, jika anda malas nak semak di halaman utama eBR1M, anda boleh check di inbox email anda sahaja.

Email keputusan Bantuan Rakyat 1Malaysia yang anda bakal terima adalah seperti berikut :



Jika permohonan anda lulus Bantuan Rakyat 1 Malaysia, tahniah saya ucapkan.

Jika permohonan eBR1M 2015 anda tidak diluluskan dan anda benar-benar yakin anda layak.

Anda masih lagi berpeluang untuk membuat rayuan beserta dokumen sokongan dalam tempoh rayuan 1 Mac 2015 hingga 31 Mac 2015. Borang rayuan boleh didapatkan disini bersama lampiran dokumen sokongan dan dihantar ke Cawangan/Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Urban Transformation Center (UTC) LHDNM berdekatan anda.

Dokumen sokongan yang diperlukan tertakluk kepada kod alasan seperti di bawah.

KOD ALASAN TIDAK LULUS:

KodAlasan Tidak Lulus BR1M 2015Salinan Dokumen Perayu/ Pasangan/ Tanggungan
01No. Pengenalan pemohon tidak wujud di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
02Nama pemohon berbeza dengan data JPN• Pengenalan Pemohon
03No. Pengenalan pemohon tidak wujud di UGAT/PDRM• Slip Gaji Disember 2014 / Januari 2015
04Nama pemohon berbeza dengan data UGAT/PDRM
05Semakan data agensi/borang mendapati pendapatan isi rumah melebihi RM4,000• Slip Gaji Disember 2014 / Januari 2015
06Semakan data agensi/borang mendapati pendapatan melebihi RM2,000
07Pemohon telah menerima baucar buku• Surat Penangguhan / Berhenti Belajar
• Slip Gaji Disember 2014 / Januari 2015
08Semakan data agensi mendapati had kemampuan pemohon memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan• Surat Pembuktian Hak Milik
09Semakan data agensi mendapati had kemampuan suami/isteri memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan• Slip Gaji Disember 2014 / Januari 2015
10Semakan data agensi mendapati had kemampuan tanggungan memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan
11Pemohon berstatus kahwin tetapi tiada maklumat pasangan• Dokumen Pengenalan Pasangan
12Pemohon berstatus kahwin tetapi maklumat pasangan tidak lengkap• Sijil Nikah / Dokumen Pertalian
• Slip Gaji Disember 2014 / Januari 2015
13Maklumat tanggungan tidak lengkap• Dokumen Pengenalan Tanggungan
• Slip Gaji Disember 2014 / Januari 2015
14Pendapatan kasar bulanan isi rumah di borang melebihi RM4,000• Slip Gaji Disember 2014 / Januari 2015
15Pendapatan kasar bulanan di borang melebihi RM2,000
16Pemohon tidak melepasi kelayakan umur memohon• Dokumen Pengenalan
• Slip Gaji Disember 2014 / Januari 2015
17Permohonan lebih daripada satu kali• Slip Gaji Disember 2014 / Januari 2015
18Pemohon wujud sebagai suami/isteri permohonan lain• Sijil Nikah / Dokumen Pertalian
• Slip Gaji Disember 2014 / Januari 2015
19Pemohon wujud sebagai tanggungan permohonan lain• Slip Gaji Disember 2014 / Januari 2015
20Suami/Isteri telah membuat permohonan lain
21Suami/Isteri wujud sebagai suami/isteri pemohon lain• Sijil Nikah / Perceraian
22Suami/isteri wujud sebagai tanggungan pemohon lain• Slip Gaji Disember 2014 / Januari 2015
23Tanggungan telah membuat permohonan lain
24Tanggungan wujud sebagai suami/isteri pemohon lain• Slip Gaji Disember 2014 / Januari 2015
25Tanggungan wujud sebagai tanggungan pemohon lain
26Percubaan memohon sebagai pasangan lebih daripada 4 kali
27No. pengenalan pasangan/tanggungan tidak wujud di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
28Nama pasangan/tanggungan berbeza dengan data JPN
29No. pengenalan pasangan/tanggungan tidak wujud di PDRM• Dokumen Pengenalan Pasangan / Tanggungan
30Nama pasangan/tanggungan berbeza dengan data PDRM• Slip Gaji Disember 2014 / Januari 2015
31No. pengenalan pasangan/tanggungan tidak wujud di UGAT
32Nama pasangan/tanggungan berbeza dengan data UGAT
33Maklumat pasangan perlu pengesahan• Dokumen Pengenalan Pasangan / Tanggungan
34Maklumat tanggungan perlu pengesahan• Slip Gaji Disember 2014 / Januari 2015
35Pasangan telah disenarai hitam• Rujuk Kementerian Kewangan Malaysia (Mof)
36Pasangan Meninggal Dunia• Dokumen Pengenalan Pasangan

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

2 Responses to "36 KOD ALASAN MENGAPA ANDA TIDAK LULUS eBR1M 2015"

  1. Kod saya 06 tapi saya dah buat rayuan pun sama tak lulus juga.saya pun nak tahu kenapa ini tahun saya tak dilulus punya.

    BalasPadam
  2. kod 38,46 kenapa tiada dalam senarai???
    Permohonan saya tidak lulus kerana kod 36,48

    BalasPadam

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar