Jom Buat Duit dengan Jual Aiskrim


jom bisnes aiskrim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Harga RM 20
 Terbaca status salah seorang rakan di facebook tentang harga nasi tapau yang dibeli di kedai di JB. Ikan Pari, sayur kangkung, sayur kacang panjang dan udang 5 ekor, RM 20.

Marah betul dia sampai viralkan nama kedai. Dia siap tanya 2 3 kali harga tu untuk konfirmkan harga. Memang RM20 harga cashier tu bagi.

Pada aku memang tak patutla, kalau RM 15 ke RM 16 ringgit mungkin boleh terima akal lagi. Tapi tak tahula apa rasionalnya sampai RM20. Mungkin udang mahal kot sekarang, dia kira sekor RM1.

Dulu masa opis di Damansara, aku suka makan di kedai pakcik ni. Makanan melayu memang sedap. Orang panggil dia bro, memang suka sembang. Harga pun berpatutan. Biasanya kitaorang pergi jalan kaki dari opis. Kalau aku ambil ayam, sayur dengan milo ais, baru RM 10.

Tapi itu setahun yang dulu belum ada GST, sekarang ni tak tahu pulak. Sebab opis pun dah pindah di area Taman Tun.

Kerepek Ubi Pedas Terbaik

Dalam keadaan ekonomi yang semakin terhimpit sekarang ni, tak boleh nak salah kan peniaga sepenuhnya. Macam aku balik Malaysia Ogos lepas, terperanjat jugak nak beli ubat kencing manis pun kena GST. Lepas tu top up pun kena bayar extra 6%. Mak mentua pun merungut banyak barang yang dah naik harga.

Semoga kalian dapat bersabar dan berusaha untuk merancang perbelanjaan harian. Kita memang kena cari jalan untuk menambah pendapatan.

source http://zonhalal.my
Teringat masa kecik dulu meniaga kerepek ubi pedas di kem askar dan sekolah rendah di JB. Kerepek ubi pedas mak aku memang mabeles, tak pedas sangat dan manis gitu. Sampai sekarang aku hantu kerepek. Aku jual kerepek keliling kem sambil bawak bakul, sampai orang panggil aku lan kerepek. Dekat sekolah pun aku meniaga kerepek pada waku rehat. Pergi pagi pagi ke sekolah naik trak askar, aku akan bawak 2 beg. Satu beg sekolah dan satu lagi beg penuh kerepek. Memang seronok jual kerepek, memang hari hari habis jual. Sebungkus 20 sen. 

Balik sekolah je, poket seluar penuh dengan duit syiling. Aku ingat lagi duit tu la buat duit belanja dapur. Bila tengok duit syiling yang penuh poket tu hilang rasa penat bawak ubi berkilo-kilo dari belukar tidak jauh dari flet kediaman kami. Nak tercabut bahu bawak ubi dalam guni naik tingkat 3.

Maklumlah nak besarkan 9 beradik, gaji ayah aku askar mana cukup masa tu. Sekarang alhamdulillah, bila semua dah besar. Kehidupan semakin selesa.

 

Jual Aiskrim

Namun begitu adik-adik aku ramai jugak yang buat side income walaupun sudah mempunyai pekerjaan tetap. Salah seorang jual aiskrim potong waktu  weekend dan di pasar malam. Modal pun tak besar, janji ada freezer, bukak meja, siapa nak beli potong terus cucuk dengan lidi. Budak-budak mesti suka sebab ada pelbagai perisa.



Dia memang minat berniaga. Ambil stok di Melaka, Johor pulak Ahad sekolah, so memang menunggu je lah di luar pagar. Budak-budak balik sekolah tengahari mestilah teruja tengok aiskrim . Lagipun sekarang ni aku tengok bisnes jual aiskrim ni banyak orang asing yang meniaga, orang kita mana nak jual. Malu kata dia. 



Di kampung wife aku ada uncle ni jual aiskrim dalam mangkuk plastik siap ada coklat tabur dengan coklat M&M lagi. Round dari taman ke taman, dari naik motor sampai lah sekarang bawak van. Anak semua sudah belajar tinggi dia cakap, tapi still meniaga lagi. Aiskrim buat sendiri jugak, tapi Uncle ni kreatif sket tu yang masyuk. Kalau nak usha-usha cara nak bisnes aiskrim boleh belajar di BisnesAiskrim.com


Pada aku yang penting, nak buat side income ni kena ada minat dan bakat masing-masing. Ada orang suka meniaga tapi ada yang suka kerja part time dan ada juga yang buat duit online. Janji hati mesti kental dan nak belajar.

Adik aku sorang lagi kerja di kedai makan walaupun sudah dapat kerja tetap. Dia memang biasa kerja di warung dulu masa sekolah, masak pun sedap. Macam-macam menu nasi goreng dia boleh buat. Aku je fail bab masak-masak ni. Mana tahu boleh bukak kedai makan sendiri  suatu hari nanti.


Adik aku sorang lagi meniaga simkad oneXoX, ramai family yang dia convertkan pakai simcard ni. Dia cakap bila kita top up lagi banyak benefit yang dapat dari Telco biasa. Aku tengok ramai jugak kawan aku yang join. Penuh di FB wall.  Janji boleh buat duit halal sudah. 

Mesti korang tertanya ramai betul adik aku, ye la 9 adik beradik 8 lelaki. Hehe, so yang sulung mestila kena bagi semangat untuk adik adik dia. Bantu mana yang patut.

Buat duit dengan Affiliate

Aku pun tak terkecuali berkecimpung jugak dengan buat side income ni. Banyak kena belajar lagi. Takpe pelan-pelan kayuh. Bukan senang nak jadi Super Affiliate ni. Semua orang bermula dari bawah. Gobala Krishnan pun sebelum keluar produk Nichify dia, dulu jual theme wordpress adsense jugak di profitblogger.com.

Malam tadi aku tengok balik email-email 2008 2009, keluar nama-nama otai ni. Kalaula aku dulu konsisten buat blog mesti dah masyuk hehe. Ini sekarang pun rasa lemah je nak update blog. Padahal bukan banyak keja pun sekarang ni. Tak jumpa lagi geng yang boleh share passion berblog dan buat duit ni. Geng dulu dulu ramai dah hilang. Mungkin sudah buat income offline barangkali.

Buat duit dulu dengan sekarang tidak sama. Dulu komunikasi di internet pakai email je, mana popular lagi Facebook. Gambar ke Video ke semua share dalam email. Lawak betul. Penuh inbox, kalau masuk group merapu lagi la.

Sekarang semua di facebook dan whatsapp je. Tag je gamba atau update.  Google Rangking pun tidak seperti dulu, dia makin lama makin bijak. Dulu orang target pagerank tinggi, sekarang backlinks pulak.

InsyaAllah selagi kita usaha untuk mencari rezeki yang halal, Allah akan buka jalan. Yang penting solat dhuha dan sedekah jangan dilupa. Biar sedikit janji konsisten. Amin.

  

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

6 Responses to "Jom Buat Duit dengan Jual Aiskrim"

  1. nampaknya tuan memang family bisnes..ada yang suka bisnes kerana suka tengok duit masuk hari-hari ..kalau kerja makan gaji..sebulan sekali la merasa duit tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. zaman sekarang mana cukup gaji bulan2, semua dah naik

      Padam
  2. biasa aku jual hari sukan.

    upah budak jual produk aku. bayar gaji. untung aku kebas.

    haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. senang juga ya, nanti boleh juga cuba

      Padam
    2. hari sukan la senang nak buat duit.

      haha..

      Padam

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar