Cara Untuk Semak Keputusan SPM 2016 Secara Online dan SMS



Untuk makluman, keputusan SPM 2016 akan dikeluarkan pada 16 Mac 2017. Khamis. Berikut adalah kenyataan media oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Oleh itu adik-adik boleh membuat semakan secara online dan sms pada tarikh rasmi tersebut.

Pada tahun 2016, seramai 434,535 calon telah menduduki peperiksaan SPM di 3,732 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Dari jumlah calon SPM tersebut, seramai 25, 713 adalah calon persendirian. Untuk makluman, calon persendirian, keputusan SPM anda hanya akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Untuk calon SPM yang lain. Terdapat 3 cara untuk mendapatkan keputusan SPM 2016 :

1. Hadir ke sekolah selepas 10 pagi untuk mendapatkan keputusan SPM,

2. Buat semakan online

Sila layari  Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan. Masukkan no kad pengenalan dan 

Sila masukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda (-) dan Nombor Angka Giliran tanpa "selang" dalam ruangan yang disediakan.

Untuk makluman, semakan secara online hanya memaparkan keputusan secara ringkas.
Server mungkin akan sesak pada hari keputusan diumumkan. 

3. Semakan secara SMS


Taip SPM Nombor Kad Pengenalan Angka giliran dan hantar kepada 
15888

Caj penghantaran 15 sen. Penerimaan 20 sen (Tidak termasuk GST). Perkhidmatan ini disediakan 
untuk Talian Celcom, Maxis, Digi, UMobile, Tune Talk dan XOX sahaja.

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Cara Untuk Semak Keputusan SPM 2016 Secara Online dan SMS"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar