Pendapatan RM 10K Pun Masih Nak Mohon BR1M Lagi?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Pendedahan oleh Menteri Kewangan ke-2, Datuk Seri Johari Abdul Ghani bahawa ramai yang berpendapatan lebih RM10K masih juga memohon untuk bantuan BR1M ini pada aku agak menarik. 

Tak cukup jugak yer RM10K sebulan. Macam mana lah keluarga yang berpendapatan RM 2K sebulan boleh survive.  

Teringat ceramah ustaz Shamsuri, gaji RM10K duduk bandar tapi tak cukup. Mak ayah yang duduk kampung RM 2K pun dah cukup. Semuanya berbalik kepada keberkatan. Sumber yang halal dan zakat yang wajib di bayar. Kalau semua dijaga insyaAllah akan cukup.

Banyak dah contoh berlaku depan mata. Bila sumber rezeki tidak halal, family porak peranda, masalah bertimpa-timpa. Kalau gaji kita RM 10K pun tak cukup lagi, better kena check balik dekat mana yang silap.


Tapisan Ketat

Antara statistik lain yang dikeluarkan adalah :

 - 300 ribu berpendapatan lebih RM5K memohon BR1M
 - 260 ribu berpendapatan RM5K memohon BR1M
 - 40 ribu berpendapatan RM6K - RM8K juga memohon BR1M

Ramai juga yer yang mencuba nasib untuk mendapatkan BR1M. Usaha tangga kejayaan, tak gitu.

Di bawah BR1M 2017;

 - RM 1,200 akan diberi kepada 3,242,048 (berpendapatan RM 3K ke bawah)
 - RM 900 akan diberi kepada 291,918 (berpendapatan RM 3K-RM 4K)
 - RM 450 akan diberi kepada 2,786,803 untuk bujang yang berpendapatan RM 2000 sebulan

Badan yang bertanggungjawab untuk mengenalpasti pemohon yang layak :

 JPN akan mengesahkan dulu samada pemohon adalah warga rakyat Malaysia atau bukan.
 KWSP akan check pulak caruman untuk menentukan pendapatan pemohon diikuti dengan Jabatan Audit Negara.

Jika bekerja di sektor swasta atau sendiri, LHDN akan buat semakan terhadap cukai pendapatan.
Kumpulan Wang Persaraan pula akan melakukan saringan untuk yang pemohon yang berpencen.

Sumber : TheStar

Janji Boleh Buat Duit

Rasanya mungkin penerima BR1M 2017 akan bertambah lagi selepas proses rayuan. Ini kerana ramai yang tidak dapat BR1M kerana pending pengesahan pendapatan sebab ada register SMM.

Mengikut statistik seramai 2.78 juta bujang yang masih berpendapatan bawah RM 2K. Orang kata kalau kahwin murah rezeki hehe. Mungkin kena kahwin cepat.

Teringat seorang kawan, walaupun sudah ada pekerjaan tetap tetapi sibuk dengan perniagaan sampingan. Dari pasang khemah kenduri kahwin, ternak kambing, berniaga air balang dan terbaru aksesori telefon. 

Dengan kata lain, apa saja yang boleh buat duit dia try. Zaman sekarang ni dengan adanya FB memang senang nak iklan kan barang. Up status dekat page lepas tu boost. Memang mudahkan.

Nasihat kepada yang bujang bujang,  belajar-belajarla berniaga. 


Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Pendapatan RM 10K Pun Masih Nak Mohon BR1M Lagi?"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar