Jom Sihat!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Alhamdulillah semenjak balik dari bercuti haritu, aku terus join HITGYM. Sebab dekat je, jalan kaki 2 minit dah sampai. Bawah rumah je, WiFi rumah aku pun dapat. GYM ni sudah dibuka pada awal December tahun lepas. Memang plan nak join tapi sebab banyak plan lain seperti balik Malaysia dan bercuti so ditangguhkan terlebih dahulu.

Kebetulan pulak masa bercuti hari tu, kepala berpusing pusing nasib baik tak pitam. Itu yang terus semangat nak masuk GYM ni. Sebelum ni memang aku selalu jogging lepas hantar anak aku. Tapi bila musim Winter, malas mula datang. Mula-mula buat jugak lepas tu tinggal.
Dumbell dah beli, skipping rope dah beli tapi tulah kejap je bersenamnya. Winter disini pulak lama, so memang makan je la banyak.
RM 139 LAZADA

Trainer dan Tatoo

Owner merangkap Trainer nama dia Barish. Badan memang sado. Atlet basikal, wall penuh dengan gambar trip basikal dia merata Turkey. Siap naik gunung pun bawak basikal, memang hardcore dia ni. Lagi satu aku perasan lengan dia penuh dengan tatoo. Tatoo basikal memang adalah tak pelik sangat, Finding NEMO pun ada. Lawak betul.

Training 3 kali seminggu selama satu jam lebih. Start dengan warming up pastu push up, angkat dumbell dan macam macam lagi.

Masa first time workout dalam gym, balik tu satu badan sakit. Kaki nak jalan pun terdengkut dengkut. Punya la tak fit. Tapi sekarang alhamdulillah dah ok sket. 

NO More Sugar 

Trainer nasihat supaya jaga makan. No more sugar, fat and junk food. So memang kena jaga makan la lepas ni. Nak order KFC pun tak boleh dah, sebab haritu kantoi trainer nampak haha. Bising dia.

Umur nak masuk 40 ni kenala bersedia. Sekarang ni tengah fokus untuk turunkan berat badan sebab sekarang dah obesity awal. So kena dapat berat ideal 83kg.

So far alhamdulillah ada sedikit penurunan berat setelah beberapa minggu jaga makan dan workout. Semoga mendapat berat yang ideal dan badan yang sihat. 






Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Jom Sihat!"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar