Cara Untuk Design Grafik Cun Percuma Online

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Grafik Tool Online Percuma


Saya ingin berkongsi tentang grafik tool online  untuk design banner, iklan facebook dan macam-macam grafik lagi secara percuma.

Kalau dulu nak design atau edit gamba kena pakai photoshop (berbayar) atau GIMP (Free) untuk Linux. Masa belajar di UiTM dulu biasalah, student pakai Photoshop pirate, kena pandai cari serial key untuk crack. Lepas tu baru pandai guna GIMP sejak berkecimpung dengan Linux.

Sekarang semakin canggih sebab semua dah boleh buat online janji ada sambungan internet. Yang lagi best siap dah ada template untuk media sosial facebook, twitter, Youtube thumbnail dan macam-macam lagi. Kita cuma perlu upload gambar, letak template, edit sedikit dan kemudian dan boleh download.

Ada banyak graphic editor online antaranya Canva, Vectr , Pixlr dan Desygner. Saya telah cuba banyak juga online editor ni. Saya dapati Desygner antara tool graphic yang simple, features yang complete dan mesra social network.

Saya mula menggunakan Desygner ini untuk banner entri blog dan Youtube thumbnail . Sebelum ini saya menggunakan Canva tetapi rasa tidak sesuai. Antara sebabnya ialah design yang sedia ada tidak menarik dan design yang cun , semuanya premium dan berbayar.

Berbeza dengan Desygner, walaupun ada design premium, design atau tempalate percumanya adalah menarik dan kita juga boleh upload image ke dalam library untuk disimpan dan digunakan untuk grafik yang lain.

Antara kelebihan lain akaun Percuma Desygner adalah seperti berikut :

  • Terdapat 35 ribu HD gambar dan grafik
  • Beratus readymade template
  • Tiada watermark
  • Background transparent
Akaun berbayar juga tidaklah terlalu mahal iaitu USD 6.95 sebulan lebih kurang RM 30 sebulan.  Tetapi kalau anda hanya guna design banner biasa sahaja, akaun Free sudah memadai.


Anda boleh lihat video di bawah untuk melihat saya mengedit banner untuk entri ini.




Bisnes Design Anda Sendiri


Skill untuk design banner, Facebook header dan iklan di Facebook sangat penting jika anda seorang marketer. Banner yang mengancam adalah kunci untuk menarik perhatian pembaca atau bakal customer anda. Jika design hambar, walau macam mana power pun copywriting anda, jika mereka tidak klik  macam mana mereka ingin menerima info yang ingin anda sampaikan.

Senang cerita kalau nak buat duit online, skill grafik sangat penting. Ya memang betul anda boleh upah grafik designer untuk design untuk anda. 

Bayangkan kalau satu banner sahaja sudah RM70 sehingga RM 150. Belum lagi kos eBook Cover  antara RM 50  sehingga RM80. Itu baru untuk satu produk, bayangkan jika anda ada banyak produk untuk dipasarkan. Tentu ini menelan belanja yang besar.


Untuk yang bisnes memang dah besar tak ada masalah. Hire seorang grafik designer sebagai staff pun boleh.

Tapi untuk yang baru nak mula, tak berapa nak praktikal. Kos tinggi.

Margin dah jadi ciput!
.
.
Jika anda memerlukan tool yang grafik yang lebih POWER, KOS Efektif dan 8 dalam 1.

Saya ingin anda mencuba grafik tool yang lengkap dan simple.

.. SOFTWAREGRAFIK



Ianya adalah software yang membolehkan anda buat sendiri design. Ada beribu template dalamnya yang anda boleh EDIT dan GUNA untuk iklan,blog, facebook anda.

Jika anda suka menulis ebook atau free report untuk giveaway percuma, Power Tool Grafik ini sangat sesuai. Ini  kerana anda boleh design dan customised ecover dan download 3D cover anda.

Tools ini memang tiada dalam tool online yang percuma, jika anda nak buat bisnes dengan design 3D EBook Cover pun dah boleh. Bayangkan kalau 1 cover anda boleh dapat RM50 - RM80. Kalau 10 design dah berapa.



Anda boleh iklan kan business anda di ilancee.com (Fiver Malaysia) atau di Fiver.com. Mudah bukan.


Jangan risau, anda tak perlu pening kepala. Jika anda tidak tahu pasal design. Anda boleh cari idea di Google. Tengok macam mana pakar buat design dan cuba tiru placing title, main dengan tona warna, insyaAllah anda juga boleh jadi expert. 

Jika anda memerlukan gambar percuma atau ingin download background percuma. Anda boleh dapatkan di Unsplash dan di picjumbo.

STEP 1: Login ke web software
STEP 2: Pilih nak design apa
STEP 3: Pilih template
STEP 4: Upload imej yang anda ingin gunakan
STEP 5: Edit dan save!

SIAP!

Cepat dan jimat!

Anda hanya perlu bayar sekali sahaja untuk software ini  buat masa sekarang dan boleh
guna untuk cipta UNLIMITED design!

Semak di;

[+] SOFTWAREGRAFIK



Ini tool wajib untuk marketer dan yang ingin serius dalam buat duit online. Boleh tonton video di bawah untuk melihat overview POWER TOOL Grafik ini.


Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Cara Untuk Design Grafik Cun Percuma Online"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar