Cara Untuk Setup Facebook Messenger Bots

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,




Anda pernah dengar internet bot ?  bukan Autobot Optimus Prime tu. Itu dalam Transformers.

Ini bot dalam internet. Ada bot yang baik, seperti google bot yang scan artikel terbaru anda untuk di index. Ada juga bot yang jahat, kerja untuk scan loophole atau bug dalam internet.

Jika anda ada akaun Telegram, tentu ada biasa guna telegram bot bukan. Untuk entri kali ini saya akan kongsikan sedikit tentang Facebook Messenger Bot.

Apa itu Facebook Messenger Bot?


Facebook Messenger Bots merupakan marketing tools terbaru yang mula digunakan oleh internet dan affiliate marketer. Menurut kajian yang dijalankan oleh team Neil Patel, FB Bot atau messenger bot ini memberi openrate yang lebih tinggi berbanding email marketing iaitu 88% dan 56% click through rate.

Kepada yang masih belum faham tentang Messenger bot ini, ia adalah seperti email marketing. Di mana internet marketer akan hantar mesej promosi, link affiliate, link download dan rss feed dengan menggunakan fb messenger.


Kelebihan Facebook Messenger Bot


Anda boleh mengumpul prospek atau database fb customer anda dengan lebih mudah kerana prospek hanya perlu klik link send to messenger tanpa perlu memasukkan detail seperti nama dan email.

Data prospek juga akan lebih detail kerana anda boleh mengetahui tentang maklumat profile mereka seperti jantina, pekerjaan dan lokasi.

Antara sebab lain FB bot ini menjadi pilihan adalah seperti berikut

  • Mudah untuk menghantar sequence mesej dalam FB messenger.  
  • Kebarangkalian untuk prospek buka mesej anda adalah tinggi kerana sentiasa on Facebook
  • Anda boleh membuat automated response conversation dengan prospek.
  • Alternatif kepada email marketing 
  • Mengurangkan risiko email masuk spam dan tidak dibuka oleh prospek.

Dengan kata mudah, FB chat bot ini akan membantu anda untuk kumpul prospek, engage dengan customer dan close sale. 


Cara Mudah Untuk Setup Facebook Messenger Bots

Untuk makluman anda, ada dua cara untuk buat FB Messenger bot.

1) Cara Seorang Programmer

Jika anda sukakan cabaran, cara programmer ini untuk anda. Anda perlu setup Webhook Endpoint, Bina Facebook App, Facebook Page dan setup chatbot anda.

Disini ada dua rujukan yang boleh anda rujuk :



Kalau dah boleh setup chatbot sendiri boleh jual. Sekarang ini memang ramai yang sudah mula menjual sistem FB chatbot messenger. Harga pun boleh tahan. 



2) Cara Mudah 5 Minit dah Siap

OK kalau anda seperti saya, yang tak suka sangat nak buat coding ini, cara ini adalah untuk anda.

Sebab ia mudah dan ada pakej percuma. Tool ini anda boleh gunakan dengan syarat anda mesti ada Facebook Page sendiri.

Platform percuma untuk membina Facebook Messenger Chat Bot adalah : ManyChat


Cara Untuk Signup dengan ManyChat 

  • Anda hanya perlu klik butang biru untuk signup menggunakan Facebook akaun anda


  • Approve ManyChat untuk akses akaun Facebook anda

  • Anda akan diberi Tutorial mudah cara untuk menggunakan chatbot anda
  • Add Facebook Page anda.
  • Add Javascript untuk letakkan di website anda





  • Selepas itu anda sudah boleh setup chatbot anda. Gunakan growth tool yang disediakan untuk diletakkan di website anda. Prepare mesej-mesej untuk auto reply kepada prospek anda. Pastikan chat bot anda berinteraksi dengan prospek anda sebelum hantar link promosi.

Engagement ini penting, jika tidak Facebook akan flag akaun anda sebagai spam. 

Anda boleh lihat video tutorial ManyChat di bawah untuk rujukan. 



MayChat Pricing

Free Plan

  • Unlimited Broadcasts
  • 2 Broadcast Sequences
  • 4 Growth Tools
  • Basic tools only
  • 10 tags
  • 3 custom fields
  • ManyChat branding
  • in Growth Tools, Main Menu
  • and Welcome Message


Pro Plan serendah 10 USD sebulan 


  • Unlimited Broadcasts
  • Unlimited Broadcast Sequences
  • Unlimited Growth Tools
  • All basic tools, plus:
  • Facebook Ads JSON Tool
  • Facebook Comments Tool
  • Unlimited tags
  • Unlimited custom fields
  • ManyChat branding
  • on Growth Tools only


Jika anda ingin mencuba dahulu bolehla gunakan versi percuma dahulu. Antara kelebihan lain ManyChat adalah anda boleh capture prospek anda ke Messenger Funnel. Anda juga boleh melihat Click Through Rate (CTR) terhadap tool yang anda gunakan. Ini memudahkan anda untuk membuat split test terhadap Growth tool mana yang lebih berkesan untuk mendapatkan prospek.

HITInbox


Jika anda memerlukan tool yang extra power dan harga yang lebih berpatutan. Saya cadangkan anda untuk mendapatkan HITBOX. FB Chat Bot ini ditawarkan oleh anak tempatan ini menawarkan  harga untuk langganan setahun serendah RM 197 sahaja.



Tool ini mampu untuk import prospek yang pernah mesej anda di facebook page anda. Data ini akan terus disimpan untuk kegunaan anda.

HITInbox UNLIMITED
RM197.00/365 Days


  • Account Import : UNLIMITED
  • Auto Private Reply : UNLIMITED
  • Campaign : UNLIMITED
  • CTA Poster : UNLIMITED
  • Daily Auto Lead Scan : UNLIMITED
  • FB Chat Plugin : UNLIMITED
  • Mesenger Ad JSON Script : UNLIMITED
  • Message Send Button : UNLIMITED
  • Page Inbox Manager : UNLIMITED
  • Page Notification Manager : UNLIMITED
  • Send Message : UNLIMITED



Pilihan di Tangan Anda


Fb chat bot tetap ada pro and kontranya. Namun begitu sebagai intenet marketer kita perlu flexible dan bersedia untuk berubah menggunakan tool terkini.

Tidak dinafikan FB Chat memang mudah digunakan untuk mengumpul prospek dan mempromosi produk kita. Prospek yang berminat hanya perlu klik sahaja dan maklumat akan terus dihantar ke  Fb prospek.

Kita juga perlu bersedia dengan menyediakan payung sebelum hujan. Ini kerana facebook boleh sahaja ubah api setup atau ban akaun anda jika SPAM FB prospek dan sebagainya.

Adalah lebih baik kita gunakan FB Chat Bot ini untuk melakukan engagement dan kumpul prospek dan kemudian try untuk convert prospsek ini ke dalam  database autoresponder. 

Diharap perkongsian ini dapat serba sedikit memberi maklumat berguna untuk anda.

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

2 Responses to "Cara Untuk Setup Facebook Messenger Bots"

  1. saya kekadang sahaja lepak di FB dan selebihnya berada di Blog..namun memang bagus untuk mereka yang ada kepentingan di Facebook

    BalasPadam
    Balasan
    1. fb chat ni memudahkan untuk promosi dan kumpul prospek. Boleh try bro yang free dari Manychat.

      Padam

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar