Cara Untuk Setup Web eCommerce dengan Woocommerce dan Wordpress


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk perkongsian kali ini saya nak share cara untuk setup website ecommerce menggunakan Wordpress dan plugin Woocommerce dengan mudah.

Website ecommerce ini sesuai untuk anda yang berminat untuk berniaga online dan tiada website sendiri. Proses pembayaran juga dapat dilakukan secara online.



Ini akan menjimatkan masa dan wang kerana customer akan melakukan pembayaran online terus ke dalam akaun kita. Jika kita upah web designer untuk membuat website ecommerce ni cecah ribuan ringgit juga.

Kalau buat sendiri, bukan tiada kos langsung, tapi lebih murah dan flexible. Kita pun tidak bergantung 100 peratus kepada web developer untuk setup dan edit website ecommerce kita.

Saya nak share ilmu yang baru belajar cara untuk setup web ecommerce ni. Takde lah susah mana. Jika anda mahir dengan wordpress, setup website ecommerce akan lebih mudah.

Jika anda newbie dalam website, domain dan hosting. Usah risau, there is always a first step. Dimana ada kemahuan disitu ada HIGHWAY..

1. Beli Domain dan Hosting

Langkah pertama untuk kita setup wordpress site ini ialah dengan membeli domain dan hosting. Ini memang kena keluar modal sedikit. Bila dah ada hosting dan domain baru boleh install wordpress site.

Untuk yang tiada domain dan hosting, bolehla dapatkan terlebih dahulu. Memang banyak syarikat hosting dan domain di Malaysia. Antaranya Exabyte, NetKL dan banyak lagi. Saya syorkan Serverfreak .  Sebab saya dah menggunakan perkhidmatan mereka selama 8 tahun. 

Domain dan hosting yang dijual oleh mana-mana syarikat tetap sama, cuma beza saiz dan harga. Apa yang membezakan Serverfreak dengan syarikat lain ialah support mereka. Support mereka memang tip top. Kalau pukul 3 pagi pun, diaorang akan tetap reply dan troubleshoot sampai settle.

Saya tak galakkan beli pakej hosting yang murah dari syarikat yang kecil, sebab saya dah terkena. Pakej memang murah, tapi website asyik kena hack. Google hantar email bagi warning sebab domain website kita spam email. 

Saya tukar password pun tetap sama. Hackers masih boleh akses hosting saya dan create email akaun. Lepas tu spam email. Saya pun fikir macam mana hosting pun boleh kena hack ni. Lepas tamat kontrak dengan syarikat hosting tersebut saya terus terminate.

Malas nak pening kepala. Serverfreak lebih secure sebab untuk login ke domain kita, perlu ada server password selain daripada password yang sedia ada.

Untuk pembelian domain pula, anda boleh beli di Godaddy atau di Serverfreak terus. Pastikan domain yang anda pilih relevan dengan website anda. Contoh gorengpisang.com tapi website jual baju kan. So tidak sesuai la.

Pakej Serverfreak paling murah ialah RM100 setahun. Jika anda inginkan Wordpress Hosting, dengan SSL dengan free lifetime domain. Pakej di bawah adalah terbaik.



Umum tahu bahawa SSL, atau Secure Socket Layer sangat penting pada sebuah website untuk lebih secure dalam menjalankan website ecommerce. Anda juga boleh minta pihak serverfreak untuk install wordpress untuk anda.

Jika anda memilih untuk basic hosting sahaja. Boleh lihat video di bawah bagaimana untuk install wordpress di cpanel anda nanti.




2. Install Plugin Woocommerce



Setelah install wordpress di hosting anda. Langkah seterusnya ialah install plugin dan signup dengan woocommerce.

Plugin ini secara asasnya adalah percuma. Ada theme percuma dan extension percuma yang boleh anda gunakan untuk website ecommerce anda.

Antara extension dan theme percuma yang boleh anda download ialah :


  • WooCommerce Google Analytics
  • Storefront Homepage Contact Section
  • Storefront Product Sharing
  • Facebook for WooCommerce - sync product anda ke FB page
  • PayPal Express Checkout
  • Storefront - theme basic layout
  • Storefront Product Pagination
  • Storefront Sticky Add to Cart
  • Storefront Footer Bar
  • Boutique  - child theme percuma
  • Deli - child theme percuma

Download semua extension dan theme di atas, kemudian install di website anda. Anda boleh download theme dan plugin tersebut di akaun woocommerce anda.

Kemudian anda boleh upload product anda satu persatu. Video tutorial dibawah dapat membantu anda bagaimana untuk setting woocommerce dalam wordpress secara detail.

3. Payment Gateway

Payment Gateway standard di woocommerce adalah Paypal. Pastikan anda sudah mempunyai akaun paypal untuk menerima bayaran dari customer.  Signup secara percuma di PayPal

Jika anda target customer dari Malaysia dan ingin menggunakan perbankan online supaya customer dapat membuat pembayaran online terus dengan bank mereka. Terdapat beberapa platform yang boleh anda integrate dengan website ecommerce anda antaranya onpay.my, bilplz dan Senangpay.

Pastikan anda berdaftar dengan SSM dan mempunyai akaun bank syarikat sebelum menerima pembayaran online banking dari customer anda.

Apabila pelanggan sudah memilih produk anda, semasa checkout mereka akan diberi pilihan untuk membuat bayaran samada dengan PayPal, kredit/debit kad atau dengan perbankan online.

4. Dropship AliExpress

Untuk anda yang tidak mempunyai produk sendiri, mungkin dropship adalah untuk anda. Anda tidak perlu menyimpan stok sendiri dan risiko stok tidak dapat dijual adalah minimum.

Kepada yang masih samar samar tentang Dropship ni, mudahnya ialah kita jualkan produk orang lain dan ambil komisen. Proses penghantaran kepada customer akan diuruskan oleh supplier. Kita just bayar harga kos pada supplier setelah menerima bayaran daripada customer.

AliExpress ialah website dari China yang mengandungi pelbagai produk dari pakaian, elektronik dan
macam-macam lagi. Sudah menjadi trend untuk setup website ecommerce dengan mengambil produk dari AliExpress. Harganya yang sangat murah dan penghantaran ke seluruh dunia antara tarikan para Dropshipper untuk menjadikan produk ini sesuai untuk dipasarkan.





Anda boleh mendaftar secara percuma sebagai agen affiliate di Portal AliExpress. Pilih niche produk anda dan upload satu persatu.

Jika anda merasakan edit satu persatu niche produk anda mengambil masa yang lama, mungkin anda boleh cuba Chrome extension  dari Woodropship atau Ezusy. Dengan extension ini, anda boleh export niche product anda dari Aliexpress dengan lebih mudah dan menjimatkan masa.


Dari 2 tools tersebut, saya memilih Ezusy kerana terdapat Free account, tetapi cuma boleh import 15 product sahaja. Untuk Woodropship, terdapat 7 hari untuk free trial dan kemudian anda boleh memilih untuk pakej dari USD 14 sebulan sehingga USD 49 sebulan.

Manakala pakej Ezusy lebih simple dan flexible. Dari pakej Percuma, USD 9.9, USD 19.90 sehingga USD 29.90 sebulan. Kedua-kedua tools membawa konsep yang sama.

Kita boleh search di AliExpress dan pilih niche produk kita untuk diimport ke website ecommerce. Tools ini akan auto update stock dan harga product tersebut. So kita tidak perlu check setiap harga dan stock setiap barang yang kita ingin jual. Mudah bukan.

Harga produk juga boleh ditetapkan terus oleh tool Ezusy. Anda hanya perlu setup berapa harga yang anda ingin markup untuk semua produk anda import dari AliExpress.


3 video dibawah menunjukkan bagaimana untuk connect ezusy dengan website ecommerce. Cara untuk import produk di AliExpress dan cara untuk Push produk ke website. Mudah sahaja caranya.









Diharap perkongsian ini dapat membantu anda serba sedikit gambaran untuk membina website ecommerce ini. Anda boleh cuba dulu setup sendiri dengan kos yang minima. Yang penting dapatkan dulu hosting dan domain.

Selepas itu anda boleh try install dan setup Wordpress, Woocommerce dan Ezusy tanpa kos. Bila sudah mahir dengan selok belok wordpress dan woocommerce, anda boleh dapatkan theme berbayar untuk layout yang lebih cantik dan meyakinkan pelanggan anda.




5. Website Ecommerce Androidps.com


Saya juga sempat membina website ecommerce yang simple di Androidps.com . Saya ingin melihat sendiri bagaimana Wordpress dan Woocommerce diintegrasikan dengan PayPal dan Senangpay.

Saya hanya menggunakan theme dan extension woocommerce percuma serta senangpay payment gateway online. Untuk integrate Senangpay dengan web saya, boleh refer disini Senangpay Wordpress Integration.

Jom kita tengok sikit video, mana tahu ada yang berminat nak beli android tv ni. Murah murah aje. :)




Satu lagi features yang saya lupa nak explain ialah :
  • Facebook for WooCommerce - sync product anda ke FB page

Plugin woocommerce ini akan membolehkan anda setup shop di FB page anda. Setiap kali anda upload product ke website ecommerce, produk ini juga akan diupload ke shop FB page anda.

Apabila pelanggan anda klik produk ini di facebook, pelanggan akan dibawa ke website ecommerce anda.



Sekian dahulu dari saya, semoga mendapat manfaat dari perkongsian kali ini. InsyaAllah.

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Cara Untuk Setup Web eCommerce dengan Woocommerce dan Wordpress"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar