Semakan Keputusan Rayuan UPU ke Universiti Awam dan Politeknik Premier Sesi 2017/2018

Kementerian Pendidikan Tinggi KPT memaklumkan semakan tawaran kemasukan ke Universiti Awam (UA) dan Politeknik Premier bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setaraf dengannya untuk kemasukan ke Program Asasi dan Diploma boleh dibuat mulai 12 tengah hari Isnin 12 June 2017.

Status pemohon juga boleh disemak melalui talian hotline 0388708200 dari 9 pagi hingga 4 petang pada hari bekerja. 

Talian itu turut beroperasi pada cuti umum sempena Nuzul Al-Quran pada hari Isnin dari 12 tengah hari sehingga 4 petang.




Semakan Secara Online


Semakan status permohonan juga boleh dibuat menerusi atas talian di http://upu.moe.gov.my; https://jpt.utm.my; http://jpt.uum.edu.my; https://jpt.unimas.my dan http://jpt.ums.edu.my

Semakan Secara SMS

Menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan dihantar ke 15888. 

Contoh : UPU RESULT 800404040478                Hantar ke 15888


Untuk semakan keputusan rayuan kemasukan ke Politeknik Konvensional, Metro, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam boleh dibuat dengan melayari laman web dan tarikh yang ditetapkan. 

1. Pusat Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) di http://atpis.moa.gov.my/V4/result pada 16 Jun. 

2. Institusi Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) di https://ekampus.kbs.gov.my/site/login dari 12 Jun sehingga 2 Julai

3. Politeknik Konvensional / Metro di http://www.politeknik.edu.my pada 16 Jun. 

4. Kolej Komuniti di www.jpkk.edu.my pada 16 Jun. 


Pemohon boleh datang sendiri ke Kaunter khidmat runding cara yang disediakan oleh Kementerian bagi memudahkan pemohon membuat membuat semakan berkaitan permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bertempat di Kementerian Pendidikan Tinggi, di Putrajaya mulai 9 pagi sehingga 3 petang pada hari bekerja sahaja. 

Menurut KPT tawaran tempat adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran tidak dibenarkan 

 Sumber : Berita Harian

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Semakan Keputusan Rayuan UPU ke Universiti Awam dan Politeknik Premier Sesi 2017/2018"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar