Polisi Terbaru Google Adsense yang Perlu Anda Tahu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Selain dari FB page, banyak rupanya FB group yang menarik dan berinformasi. Baru-baru ni saya join group Kaki Fantasy Manager EPL, Adsense Malaysia dan group Tangkak.

Banyak info menarik yang saya dapat. Ada juga group bola yang kerja mengutuk dan maki hamun fan team lawan, macam-macam. Takde faedah langsung, sokong secara sihat sudah.

Saya sebenarnya tertarik dengan  FB Group Adsense , di mana ada yang berjual beli akaun Google Adsense. Sekarang memang strict untuk dapatkan akaun Google Adsense. Tapi tak sangka ada cara lain untuk dapatkan Full Akaun Google Adsense.

Jual Beli Akaun Adsense


Saya ada juga bertanya harga satu akaun Google Adsense yang belum verify PIN lagi. Harga pun boleh tahan, ingat ratus sahaja, sekali RM 2500 satu akaun.

Kalau dapat jual 4 akaun, sudah RM 10K. Masyukkk.

Kena fokus betul-betul untuk buat akaun Full Google Adsense ni, memang boleh buat. Kalau tiada panduan boleh rujuk ebook Raja Adsense, RM80 sahaja.

Dari bayar RM2500 untuk satu akaun. Itu belum tentu dapat jana USD dengan akaun tersebut. Tapi kalau duit terlebih sila sila.





No Pop Up Anymore


Bercerita tentang Google Adsense ini, Google telah pun memperkenalkan polisi baru untuk website yang ingin meletakkan Google Ads.

Google wrote:
To simplify our policies, we are no longer permitting the placement of Google ads on pages that are loaded as a pop-up or pop-under. Additionally, we do not permit Google ads on any site that contains or triggers pop-unders, regardless of whether Google ads are shown in the pop-unders.
Here are the new policies:
  • Publishers are not permitted to place Google ads on sites which have more than three pop-ups. If pop-ups are displayed on a site, they may not interfere with site navigation, change user preferences, initiate downloads, or distribute viruses.
  • Publishers are not permitted to place Google ads on sites that contain or trigger pop-unders.
  • Additionally, sites using AdSense may not be loaded by any software that triggers pop-ups, modifies browser settings, redirects users to unwanted sites, or otherwise interferes with normal site navigation. It is your responsibility to ensure that no ad network or affiliates use such methods to direct traffic to pages that contain your AdSense code.

Source : Google Policy



Dengan kata lain, website anda hendaklah bersih dari pop up jika ingin meletakkan iklan adsense. Apa yang saya nampak, affiliate marketer akan menghadapi masalah untuk buat duit dengan iklan adsense. Ini kerana para affiliate kebiasaannya akan mengumpul database prospek dengan menggunakan opt in secara pop up.

Google juga melarang untuk kita redirect user ke website promosi yang tidak relevan. Semua Google nak control nampaknya. Sebenarnya pun, website lankapo79 ini pun sudah beberapa kali diberi warning oleh pihak Google. 

Antara sebabnya ialah konten yang tidak sesuai mengenai Google Adsense. Saya ada bercerita tentang Youtube yang telah memadam akaun Youtube saya. Itupun saya diberi warning, so terpaksa saya padam.

Bila pop up pun tidak dibenarkan di website yang buat duit USD dengan Google Adsense, nampaknya terpaksalah saya mengambil keputusan untuk membuang iklan Google Adsense di blog ini.

Macam mana nak buat duit dengan affiliate dan kumpul database jika pop up pun tidak boleh. Hendak kritik pasal Google pun tidak boleh. Poyolah Google hehe.

So sekarang saya sudah lebih bebas untuk menulis sebab tiada lagi kekangan untuk menerima warning oleh pihak Google. Kalau dah banyak kali kena warning, terus dia ban akaun Google Adsense. Lagi naya. Nak dapat bukan senang.

Pada saya mungkin iklan Google ini sesuai diletakkan di website informasi tentang sesuatu niche sahaja. Orang akan Google tentang sesuatu maklumat, klik website dan jika berminat dengan sesuatu iklan mereka akan klik. 

Maybe Google mahu kita biarkan trafik itu untuk mereka sahaja gunakan. Adilkah begitu?

Blogger Sangap

Walaupun macam-macam peraturan baru yang diperkenalkan oleh pihak Google, masih ramai lagi local publisher yang menjana pendapatan lumayan dengan Google Adsense. Ramai yang cash out setiap bulan.

Melalui pembacaan saya, mereka menggunakan FB Page dan Group untuk menarik trafik ke website mereka. Tetapi kena rajin post dan share link, paling kurang 100 group.

Tapi ada juga segelintir blogger yang digelar Blogger Sangap kerana menggunakan tajuk lucah untuk menarik trafik. Kalau anda baca siakapkeli, akan ada komen spam yang bertajuk lucah semata-mata untuk menarik trafik.

Masalahnya setiap post Siakap Keli, akan ada komen dengan tajuk lucah. Sungguh menyedihkan. Terdesak sangatkah sampai sanggup berbuat begitu untuk buat duit online.

Kebiasaannya iklan di blog sebegini , iklan sampah dan CPC pun rendah.

Nasihat saya, carilah niche yang lebih sesuai dan terhormat.


5 Bonus Download Percuma



Untuk penutup post kali ni saya buat surprise sikit sebab ada bonus untuk pembaca saya. Ada bonus untuk anda. Anda boleh download percuma ebook. Sila hadamkan ok.


  1. 7 Days To Blogging Success
  2. 12 Squeeze Page Web Templates
  3. 106_Amazing_List_Building_Tips_107
  4. Affiliate-Marketing-A-to-Z
  5. SEO Essentials – 10 Ways To Improve Your SEO

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

8 Responses to "Polisi Terbaru Google Adsense yang Perlu Anda Tahu"

  1. kalau nak Google Adsense pun tak..

    jana duit menggunakan pintu yang lain pula

    BalasPadam
    Balasan
    1. wow ada berapa banyak pintu bang

      Padam
  2. Semakin sukar nak buat duit dengan USD.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena fokus niche kerjaya la macam ni hehe

      Padam
  3. niche kerjaya fokus kumpul database je.. kalau lain niche sesuai aku rasa nak letak Google Adsense ni.. fokus 1USD sehari pun dah ok buat permulaan.

    Dan pasal jual beli akaun, cecah sampai harga tu ke? haha masyukk ahh sapa yang rajin buat ni.. nak dapat pun sekarang bukan main susah, berbaloi la sapa yang serius nak buat duit online guna Adsense ni kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup beribu diaorg jual, memang buat duit betul.

      Padam
  4. wah hebat, google pun boleh tahan polisi dia, saya banyak kali apply adsense tak dapat, tapi mak saya buat dapat, hehehe

    BalasPadam
  5. klo akundapat beli takut ketipu

    BalasPadam

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar