Super Affiliate Master 2.0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



Saya berkesempatan untuk join Super Affiliate Master 2.0 dari 24 Julai sehingga 23 Ogos lepas anjuran tuan Muaz Hadi dari IKR. 

Antara sebab utama saya join ialah kerana masih gagal untuk melakukan jualan dengan produk Affiliate dari IKR. Walaupun ramai otai-otai yang senang-senang je buat jualan dengan 5 angka. Siapa tak jeles. Nak katakan tiada masa, sebagai house husband tentunya saya lebih banyak masa.

Tentu ada rahsia atau ilmu yang saya belum jumpa dalam dunia affiliate ini. Ilmu perlu dicari dengan guru yang betul. Belajar di Udemy dan Youtube pun boleh, tapi kalau ada guru yang mengajar secara live lebih mudah faham.

Oleh itu, peluang untuk menyertai kursus online ini dilihat tepat kerana kami akan diajar step by step dan cara yang betul untuk menjana pendapatan online dengan affiliate.


Oleh itu, di sini saya ingin kongsikan beberapa tips affiliate untuk panduan kita semua :

  1. Prospek kita umpama ikan di lautan. Gunakan umpan dan pancing yang betul. Kalau tidak umpan akan lari. 
  2. Setup terlebih dahulu blog, facebook page dan autoresponder sebelum mengumpul prospek.
  3. Antara autoresponder yang mudah dan percuma ialah mailchimp dan emelmatik
  4. Utamakan untuk mengumpul LIST terlebih dahulu sebelum menjana pendapatan dengan affiliate.
  5. List prospek yang berkualiti dan fokus biasanya akan lebih mudah untuk kita menjual.
  6. Flownya adalah seperti berikut : lubuk - landing page - autoresponder - list - blast email - jualan

Mencari Lubuk

Bila sudah bersedia untuk memancing prospek, pastikan kita dapat mencari lubuk yang betul untuk niche kita. 

Biasanya prospek akan mencari maklumat menggunakan Google dan berkumpul di Facebook.

Oleh itu untuk mencari lubuk di Facebook, kita perlu mencari page-page yang berkaitan dengan niche kita. Contoh kalau produk kita berkenaan dengan kerjaya, bolehlah iklan kan di page SPA atau Alumni Universiti dan sebagainya.

Untuk menangkap prospek menggunakan Google Search pula, kita perlukan landing page atau blog. Target keyword yang sesuai untuk memastikan blog kita mudah dijumpai dan berada di rangking pertama di Google. Pastikan SEO blog atau landing page kita dioptimumkan.

Offer Freemium

Kemudian offer freemium/free produk yang relevan kepada prospek. Antara produk yang boleh digunakan untuk mengumpul list prospek adalah seperti : 
  1. ebook percuma
  2. free report
  3. Video Tutorial
  4. Free Software
Alhamdulillah, selepas selesai kursus Super Affiliate Master 2.0, saya telah berjaya melakukan jualan dengan produk IKR. Walaupun hanya 2, tetapi yang penting dah dapat lesen.

Usaha perlu digiatkan lagi untuk menjana lebih pendapatan. Pengalaman berurusan dengan calon yang akan mengambil exam online ni, memang banyak ragam dan karenah.

Sebagai affiliate perlulah banyak bersabar dan perlu mudah untuk dihubungi.







Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

1 Response to "Super Affiliate Master 2.0"

  1. Saya pun sama bro..

    Belum menyengat.dalam affiliate..

    Mungkin lepas.belajar dari bro..

    Dapatlah ilmu sikit sikit dalam affiliate nie

    BalasPadam

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar