-->

Jenaka ada batasnya

SELAIN mengumpat, satu daripada bencana yang dilakukan oleh lidah manusia ialah
gurauan. Termasuk dalam istilah gurauan ini ialah kelakar, melawak, olok-olok
dan berjenaka.

Menurut Imam al-Ghazali, bergurau itu ditegah syarak kerana ia membawa kepada
banyak tertawa. Banyak tertawa itu mematikan hati dan boleh ‘menanggalkan’ hati.

Imam Ghazali menasihatkan supaya manusia menjaga lidahnya daripada berkata-kata
untuk menimbulkan gelak ketawa.

Kata-kata gurau senda sebenarnya boleh menghilangkan malu seseorang. Ini kerana
dalam mencari bahan ketawa, manusia sanggup membuat cerita bohong dan tidak
munasabah. Untuk mereka-reka bahan lucu, mereka membuat cerita yang ganjil dan
tidak masuk akal dan kebanyakannya cerita dusta.
Inilah puncanya orang yang membuat kelakar boleh hilang malu. Pada hakikatnya
malu senjata orang beriman. Malu adalah alamat atau tanda orang yang beriman.

Yang paling mengaibkan, sebahagian daripada kita suka membawa cerita lucah atau
separuh lucah dalam perkataan semata-mata untuk menimbulkan gelak ketawa orang
lain.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Malu adalah cabang daripada iman.” Dalam sabda
lain, baginda menyatakan: “Malu dan iman seganding. Apabila terangkat salah satu
daripadanya maka terangkatlah kedua-duanya.”

Dapat difahami daripada hadis ini, jika seseorang itu hilang perasaan malu
daripada dirinya maka hilang jugalah imannya.

Namun begitu, bergurau ala kadar dibolehkan. Pada suatu masa orang Arab
menganggap pantang makan kurma kalau sakit mata.

Rasulullah nampak seorang bernama Suhaib yang sakit mata sedang makan kurma maka
baginda bersabda bermaksud: “Engkau makan kurma sedangkan engkau sakit mata?”.
Suhaib faham maksud Rasulullah yang ingin bergurau dengannya. Maka jawabnya:
“Saya makan dengan mata yang sebelah lagi ya Rasulullah.”

Mendengar jawapan itu, baginda senyum lebar hingga nampak giginya yang putih. (Ihya Ulumuddin Imam al-Ghazali). Dalam hubungan pergaulan harian, gurauan itu boleh menimbulkan sakit hati dan menyinggung perasaan sesama kawan atau rakan. Bagi sesetengah orang yang tidak tahan bergurau mungkin menimbulkan persenketaan atau perkelahian. Maka ini bertentangan dengan kehendak Islam. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang beriman itu adalah bersaudara maka perbaikilah hubungan antara kedua-duanya.”– (al-Hujurat: 11). Justeru, elakkanlah bergurau, bersenda melampaui batas perasaan atau pemikiran rasional supaya ukhuwah sesama kita tetap terpelihara. SeMoGa uKHuWWaH YaNG TeRJaLiN aKaN MeNJaDi iKaTaN YaNG BeRKeKaLaN DaN MeWaNGi SePaNJaNG MaSa SeHaRuM HeMBuSaN KaSTuRi MeMeNuHi RuaNG KeHiDuPaN KiTa, iNSYaaLLaH..
(Ihya Ulumuddin Imam al-Ghazali).

Dalam hubungan pergaulan harian, gurauan itu boleh menimbulkan sakit hati dan
menyinggung perasaan sesama kawan atau rakan.

Bagi sesetengah orang yang tidak tahan bergurau mungkin menimbulkan persenketaan
atau perkelahian. Maka ini bertentangan dengan kehendak Islam. Firman Allah
bermaksud: “Sesungguhnya orang beriman itu adalah bersaudara maka perbaikilah
hubungan antara kedua-duanya.”– (al-Hujurat: 11).

Justeru, elakkanlah bergurau, bersenda melampaui batas perasaan atau pemikiran
rasional supaya ukhuwah sesama kita tetap terpelihara.

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Jenaka ada batasnya"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar