-->

Ringkasan Ceramah Dr Fatma

Salam

Frens saya diminta oleh rakan2 kita utk sebarkan apa yg saya dengar dari ceramah Dr Fatma bertajuk MUHASABAH DIRI.

Dr Fatma meminta kita membaca tafsir surah Al-mukminun utk mengetahu ciri2 org yg layak menduduki syurga Allah. Seseorang itu akan lebih dipandang hebat sekiranya dia dpt mengerti tafsir quran dan bukan sekadar membacanya sahaja. Justeru itu beliau meminta kita menyelak tafsir quran surah al-mukminun bagi ceramahnya pada kali ini.

Ciri2 org yg layak ke syurga Allah :-

(1) Solat - hendaklah khusyuk (tapi selalunya waktu inilah kita digoda dgn 1001 mcm perkara yg harus diselesaikan oleh kita baik dirumah, pejabat atau dimana jua pon).

Kata Dr Fatma : The no. 1 measurement in yr success to Allah is yr solah. So solat 5 waktu jgn tinggal my frens, itu measurement yg utama kat akhirat nanti bila disoal.

(2) Jgn Membuang Masa - ini satu topic yg sgt menarik. Dr Fatma kata Allah akan tanya kita di akhirat kelak bagaimana kita habiskan masa kita dgn keluarga/ isteri/ anak/ suami/ jiran/ kerja/ etc. Jgn dok asyik sibuk kan hal dunia hingga lalai pada soal akhirat. Kalau ada majlis ilmu tuh rajin2la dtg bukan utk siapa pon utk anak2 jugak.. Ibubapa berilmu anak2 terjamin sikit tingkah lakunya kalau asyik pikir pasai keja sampai bila pon tak abih. Beliau kata hidup kita dah jadi mcm tuh aje la rutinnya pagi gi keja balik umah masak tv tido .. tang tuh saja ... so pikir2kanla.. sendiri mahu ingatla my fren.

Ciri perempuan yg baik di sisi Allah bukan di sisi suami ye :-
(a) Penyanyang pada suami / anak2
(b) Beranak banyak (Allah suka pd umatnya yg beranak byk .. org pompuan jgn pengsan dengar nih .. saya menyampaikan aje.. hehe)

(c) Selalu meminta maaf pada suami (Teringat ceramah dr Ustzh Zawiah katanya sekurang2nya isteri salam cium tangan suami 3 kali sehari ... pegi keje, balik dari keje dan sebelum nak tido salam cium tangan suami minta maaf.... ingat tuh. Tatkala kita salam cium tangan suami maka akan berguguranla dosa2 kecil dari tangan kita.. wallahu'alam.. itu ustazah kata).

(3) Bayar Zakat
(4) Jaga maruah diri
(5) Jaga waktu solat (istiqomah), jgn sekejap awal waktu sekejap 2 dlm 1.
(6) Amanah harus dijaga jgn jadi munafiq.

Ok now kita pegi ke bahagian kedua. kata Dr Fatma, musuh kita adalah syaitan dan nafsu yg berada di badan kita.
Bagaimana utk melawan musuh2 ini?
1) Baca 3 Qul (3 kali) : tiup ke tangan then sapu ke kepala dan seluruh badan (baik diamalkan sewaktu bangun dari tido di awal pagi).

2) Ayatul kursi (sebelum tido dan bangun dari tido)
3) Jaga mata (hasad dengki bermula dari mata). Dr Fatma cakap lelaki kena tundukkan pandangan mrk bila melihat perempuan jgn mata lagi tambah bulat bila pandang perempuan cantik).

4) Jaga mulut.

Rajin baca surah al-baqarah agar syaitan lari dari rumah kita.
Beri salam ketika masuk ke rumah w/p rumah kita tiada org tapi ada malaikat yg ada di dlm rumah kita. Sebaik2nya beri 3 kali salam so syaitan akan lari.

Ketika keluar dari rumah baca : (bismilahirahitawakal tu al' lallah hi walahaulawalakuwataillah .... 'azim), fren better refer to doa sebenarnya dlm arab punya ye.. ini just for u to catch up the doa.

Banyakkan baca lailahaillah huwahdahulasyariqolah lahulmulqu...... qadir..... baca 100X selepas subuh, syaitan tak akan datang dekat pada kita).

- selalu dlm keadaan berwuduq.
- Atasi keadaan diri bila nak marah, baca ('auzubillah....... rajim)
- Rajin baca quran dan berzikir

Sekian saja yg sempat saya ambil ringkasan dari Dr Fatma. Segala kekurangan dan kelemahan dlm apa yg saya sampaikan adalah atas kekurangan diri saya sendiri, maafkan saya. Saya harap ini dpt membantu kawan2 serba sedikit dan lainkali datang majlis ilmu sila bawa nota kalau tidak inila ringkasan yg dpt saya sajikan. Ok fren.. hope this can benefited u. Jumpa lagi take care!

technorati tags:

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Ringkasan Ceramah Dr Fatma"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar