-->

Kisah 7 Pedang



Malam tadi layan DVD citer pasal pedang. Aku mmg dari dulu lagi suka citer pasal pedang nih tak tahu lah apsal. Dari Pedang Setiawan, Samurai X, The Excalibur sampai ler ker Thundercats hehee.

Ceritanya mengisahkan 7 pahlawan yang hebat dari Gunung Heaven bertindak untuk menyelamatkan sebuah kampung yang diserang oleh bandit. Zaman tu gabenor di sana mengarahkan semua pengamal seni bela diri di bunuh untuk mengelakkan pemberontakan. Bandit2 ini merupakan pembunuh upahan yang mengembara dari kampung ke kampung untuk membunuh demi wang, tidak kira orang tua atau anak2 kecil. Bandit2 ni mmg kejamlah, dan yang paling otai sekali ketua dia lah.

Antara 7 pedang ada satu yang menarik, seorang awek pakai . Pedang tu tempat pemegangya buleh bergerak2. So pedang tu mata dia buleh mengelungsur dari atas ke bawah. Nampak pelik tapi efektif sebab
Mengelirukan pihak musuh.

Jalan cerita menarik, penuh dengan aksi2 lawan pedang yang mengasyikkan. Antara bintang yang aku suka berlakon ialah Donnie Yen. Banyak berlakon dengan Jet Li. Kalau korang perasan dalam Hero dia berlakon jadi Assasin yang pakai tombak tu, aku tengok dia lah nanti bakal pengganti generasi Jet Li dan Sammo Hung. Style dia memang berbeza dari Jet Li, seni wushu dia memang smart.

Ok nanti sambung lagiik, nak siap2 pergi keja nih…

Other review about the movie
http://www.kaijushakedown.com/2005/09/seven_swords_re.html

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Kisah 7 Pedang"

Catat Komen

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar