-->

MAHA 2006 MAEP SERDANG: AKU BERKUBANG

Cadangnya nak pergi survey rumah di Equin Park dengan membawa anak-anak Kak Alma , tetapi terbantut sebab singgah ke MAHA 2006 di Serdang. Parking –parking jerk, tayar aku terus terbenam di tanah lembut disebabkan hujan. Kereta di sebelah aku pun menghadapi masalah yang sama. Terus aku tolong dulu kereta Iswara tu, hehehe taktik-taktik.. Letih betul kena bermandi lumpur lagik apa bila kereta ditekan minyak. Kereta iswara berjaya ditolak selepas berusaha beberapa kali. Kereta aku pula berjaya bergerak di jalan tar selepas ditarik oleh Truck 4WD oleh Jabatan Haiwan.

Mula-mula cam malas jugak nak pergi tapi dah alang-alang sampai. Biar lah orang tengok seluar aku orang masuk sawah nih.Dengan berjalan mendukung Maisa kami menyusur jalan untuk masuk ke pintu masuk di Goat Farmer. Puas kita orang melihat kambing. Pelbagai kambing yg ada.Kambing Jantan yang paling besar, sihat2 semuanya aku tgk kambung ini.

Lepas tuh kita orang pergi tengok jenis-jenis lembu plak. Macam-macam ada. Tapi ada satua yang aku kagum besar gila lembu jantan tuh…Korang tengok sendiri je rlah kat gamba tuh. Lepas tuh kit aorang pergi ke pameran traktor plak, Danish dan Maisa bersungguh mahu naik traktor, terpaksalah aku layan. Lepas puas bergambar baru lah kit aorang pergi makan plak. Jalan-jalan sikit terus aku dah tak larat dah sebab asyik mendukung si Maisa. Terus decide untuk balik hehe. Pukul enam kitaorang bertolak balik

p/s
balik-balik jer baru lah terasa sakit. Tangan sakit penat mendukung dan menolak kereta. Kaki pun sakit sebab penat berjalan. Nasib baik lah ada isteri yang pandai mengurut heheh. Lega sket :)

Lankapo.com











Besarnya lembu ini

Drive hati2 ya

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "MAHA 2006 MAEP SERDANG: AKU BERKUBANG"

Catat Komen

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar