-->

235 pesakit kudung kaki

Oleh Ismail Muhamad
[email protected]

BACHOK: Seramai 235 pesakit kencing manis atau diabetes di seluruh negeri terpaksa dipotong kakinya sepanjang tahun lalu.


Daripada jumlah itu, 107 pesakit itu dipotong dari pergelangan kakinya ke bawah atau sehingga paras lutut.

Pengarah Kesihatan Kelantan, Dr Mohamad Kamil Hasan, berkata pemotongan kaki itu adalah masalah komplikasi utama yang dihadapi pesakit yang menghidap diabetes.

Menurutnya, bagi penghidap diabetes, pemotongan kaki biasanya bermula apabila terdapat ulser atau kudis di kaki yang serius.

Katanya, 19.9 peratus atau 17,187 daripada 86,287 penduduk di seluruh negeri yang disaring sepanjang tahun lalu kerana penyakit kencing manis disahkan mempunyai tanda awal penyakit itu.

“Kajian mendapati, kumpulan itu mempunyai paras kandungan glukos dalam darah pada kadar tujuh hingga 11 milimol bagi seliter (mmol/l) darah berbanding paras normal dengan kadar bacaan bawah tujuh mmol/l.

“Selain itu, 9,555 penduduk dikesan mempunyai paras gula dalam darah lebih tinggi iaitu melebihi 11 mmol/l dan disahkan menghidap penyakit kencing manis,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Hari Diabetes Sedunia peringkat Kelantan oleh Pengerusi Majlis Pengguna Bachok, Nik Yusof Nik Mat, di Dewan Majlis Daerah Bachok (MDB) di sini, semalam.

Dr Mohamad berkata, pihaknya berpuas hati dengan sambutan orang ramai yang tampil untuk melakukan saringan mengesan penyakit kencing manis.

Katanya, jumlah penduduk yang tampil melakukan saringan kencing manis lebih tinggi tahun lalu iaitu 86,287 berbanding 60,640 orang tahun sebelumnya.

“Sepanjang 2005, seramai 61,777 penduduk disaring di klinik kesihatan, 6,227 di hospital dan 18,213 di komuniti.

“Dari segi pengurusan kes diabetes, semua klinik kesihatan dan hospital mempunyai pasukan terlatih.

“Pada tahun lalu saja, daripada 3,270 kes kencing manis baru yang dikesan, 12.4 peratus daripadanya mengalami komplikasi ketika pemeriksaan,” katanya.

p/s
Ni yang aku ngeri ni, sedara mara even mak aku pun ada kencing manis nih, tiap-tiap bulan kena cek darah. Makan kena jaga, tak bleh yang manis-manis. So peringatan kepada kawan2ku makan tu berhati2 lah

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "235 pesakit kudung kaki"

Catat Komen

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar