-->

Geng samun kilang dikenal pasti

KOTA TINGGI: Polis mengenal pasti beberapa anggota kumpulan yang dipercayai terbabit dalam kes samun sebuah kilang di Jalan Tun Mutahir, Kawasan Perindustrian Bandar Tenggara, dekat sini, awal pagi Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Muhammad Shamsuddin, berkata pihaknya berusaha mengesan anggota kumpulan berkenaan bagi membantu siasatan berhubung kes rompakan itu.

Dalam perkembangan terbaru, katanya, polis mendapat perintah reman tujuh hari ke atas tiga lelaki warga Indonesia, termasuk seorang pendatang asing tanpa izin, bermula kelmarin.

Katanya, tahanan reman itu bermula kelmarin hingga 11 Disember ini bertujuan membantu siasatan polis berhubung kes berkenaan.

Katanya, hasil siasatan awal, pihaknya mendapati tiga lelaki berusia 30 hingga 35 tahun itu dikenal pasti bekerja sebagai buruh di sekitar negeri ini dan tiada majikan tetap.

Menurutnya, dua daripada lelaki itu mempunyai pasport, manakala seorang lagi tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

“Buat masa ini tiada tangkapan susulan dilakukan, namun siasatan masih dijalankan,” katanya.

Kelmarin, kecekapan polis mematahkan rompakan bersenjata di kilang membuat katrij dakwat pencetak komputer di Jalan Tun Mutahir, Kawasan Perindustrian Bandar Tenggara, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 pagi itu, kira-kira 20 hingga 30 orang menyerbu pondok pengawal keselamatan sebelum mengumpul 104 daripada 150 pekerja syif malam, termasuk pengawal keselamatan di kantin kilang itu.

Pada masa sama, bertindak hasil maklumat orang ramai, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi berkejar ke tempat kejadian sebelum menyerbu kumpulan perompak terbabit.

yang masih berada di dalam kilang berkenaan.

Berikutan itu, kumpulan perompak lelaki bersenjatakan parang bertempiaran melarikan diri, namun tiga daripada mereka berjaya ditahan.

Sebelum diserbu polis, kumpulan perompak yang tidak memakai topeng itu dikatakan sibuk mengumpul wang tunai, barang kemas dan telefon bimbit daripada semua pekerja yang dikumpul di kantin.

Selain menahan tiga lelaki terbabit, polis menemui dua kereta serta sebahagian barang yang disamun di kilang berkenaan di kawasan berhampiran.

Difahamkan, seorang daripada tiga pekerja itu patah kaki ketika cuba melarikan diri daripada ditahan kumpulan penjenayah dengan memanjat pagar kilang itu.

Polis percaya kumpulan sama turut terbabit melakukan rompakan di kilang milik syarikat sama di lokasi berasingan, bulan lalu.

p/s
Orang sekarang ni dah melampau sangat, merompak secara besar-besaran. DAh tak tkau tpolis nampaknya diaorang nih

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Geng samun kilang dikenal pasti"

Catat Komen

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar