-->

Nama-nama tempat yang unik di Malaysia

Salam,

Pernah tak korang drive kat mana-mana kampung kawan, girlfriend, boy friend, isteri atau suami, korang tersermepak dengan papan tanda nama kampung atau pekan kecil yang unik dan pelik.

So far, aku rasa kampung isteri aku paling banyak nama-nama pelik tempat dia. Isteri aku asal dari Kampar Perak. Sebelum ni duduk di Kg Kuala Dipang. Ok lagi tuh, berdekatan dengan kampung tu ada  pekan nama Kandang, naik atas lagi ada tempat nama Mambang di Awan ahahhaa . Serius bai. Ini yang paling aku tak tahan. Cam dalam filem P Ramlee plak. Cuba korang bayangkan kalau tukis surat alamat dia mesti camni

 

Ali bin Ahmad

no 13 , Jalan Kampar,

Mambang Di Awan,

Kampar Perak

 

hahhah, orang Perak jangan marah hehe aku tahu pasal ada kawan sekolah aku yang isteri dia asal dari Mambang di Awan ni.

Johor pun ada. Nama-nama parit kat Muar macam-macam ada. Parit Ponorojo ada, Parit Jawa ada. Kat tempat aku ada nama Sagil, Kg Konggo , banyak lah jugak

 

Pada aku nama-mana unik ni lah yang akan distinguish tempat diaorang dari tempat lain. Kalau korang perasan nama-nama taman sekarang semua lebih kurang , Contoh nama Muhibbah,putra, mega , melambak dah kat malaysia. Mungkin ada bijaknya memberi nama-nama yang pelik ini. Lebih di kenali ramai.

Kesimpulannya, berbanggalah dari mana pun anda, tak kira lah dari kampung, pekan, atau daerah mana, janji kita anak malaysia. hidup aman merdeka

p/s

kat tempat korang ada tak nama-nama yang lagi best ?

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Nama-nama tempat yang unik di Malaysia"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar