-->

Open House Report

Alhamdulillah, setelah bertungkus lumus mengemas dan menempah juadah :).
Rasa penat dengan sendirinya hilang melayan tetamu, memberi direction jalan dan mengambil tetamu di stesyen minyak.

Ramai jugak kawan-kawan yang sudi menjengah ke teratak buruk hamba. Dari kawan-kawan di ITM ke kawan sekolah, abang-abang and kakak ipar dan jiran depan rumah. Surprise visit dari kawan lama yang sudah berkerja di UK.Terperanjat juga.Hampir 3 tahun tak bertemu, syawal kali ini menemukan kami. Thanks Azam

Even kawan dari Ipoh pun ada yang singgah kebetulan husband hendak melihat rumah di Shah Alam. Thanks Shira for coming.

Banyak hikmah bila menjemput kawan-kawan ke rumah. Bila dah bertemu, baru lah tahu duduk setaman :). Macam-macam cerita yang dikongsi.

Di kesempatan ini saya dan isteri ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat semua yang sudi hadir ke rumah kami.InsyaAllah, kalau berkesempatan bertemu lagi kita di raya tahun hadapan bersama orang baru heheh...

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Open House Report"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar