-->

Hutang Datang Menuntut Hingga Ke Kubur


Aku dapat email dari seorang rakan. Menarik jugak ni, hutang Arwah di tuntut oleh pemberi hutang sehingga ke kubur.

antara isi email itu :

asslamualaikum,

slalu kita mendengar hal kepentingan selesaikan hutang dan isu kematian.

gambar yg disertakan ini adalah literally hutang datang ke kubur utk
menuntut hutang..

ianya saya rakamkan di kubur lembah keramat belakang petronas, dimana satu
batu nisan diselubungkan dgn plastic dan didalamnya ada message hal hutang
dan yg menuntut hutang siap letak biz card didalam plastic itu..

mgkin yg tuntut hutang ni letak dgn harapan ahli keluarga akan contact dia
lahh...

so hati hati ngan hutang..jgn dia datang atas kubur...datang dlm kubur tu
satu hal lagii...

ingatan utk diri saya dan sewaktu dgnnya.. kongsilah dgn rakan rakan..
hamdy


Menyentuh bab hutang ni, ada kawan aku tulis dalam blog dia yang kawan dia bagitahu semua orang berhutang, termasuklah Nabi Muhammad SAW sehinggalah selepas Baginda wafat dan hutang itu dihalalkan. Sumber aku tak tahu...

Boleh percaya ker ? Aku fikir-fikir balik , arghhh ceteknya ilmu aku. Bila orang bagi fakta kita tak boleh nak menegakkan kebenaran. Aku cuba search kat internet, tapi takder, sirah Nabi ker.
Aku pun tanya mak mentua aku, kebetulan dia ada di rumah sempena wife aku pantang. Dia pun rajin ke surau dulu di kampung. Dia cakap fitnah ni semua, ini sahaja nak menfitnah Rasulullah. Kalau ikut logik lah, Nabi yang aku masih ingat kisahnya seorang yang zuhud. Kalau ada rezeki dia akan makan, kalau tiada dia akan berpuasa. Zaman dulu ada ker kereta, kredit kad, TV ker, dan sebagainya yang sampai nak berhutang. Memang kalau korang baca pun memang sakit hati.Sedap jerk mulut member kawan aku ni..

Setakat ni aku tak jumpa bukti sahih lagi lah..nanti lah aku tanya ustaz ker..kalau ada siapa-siapa yang tahu berserta dengan bukti dan dalil yang sahih bagai tahu aku ok.
salam

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Hutang Datang Menuntut Hingga Ke Kubur"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar