-->

Layan movie :Evan Almighty

Balik Tangkak Cuti Krismas yang lepas, sempat shopping dvd murahan di The Store Tangkak. Cerita lakonan Evan Baxter dan Morgan Freeman ni telah lepas tayang walaupun mendapat kritikan dari segelintir pihak.

Tidak seperti Bruce Almighty yang diban terus, Evan Almigthy lebih bersifat lawak family sket. Jalan cerita simple, Morgan Freeman menyuruh Evan membina sebuah bahtera di tengah-tengah bandar.

Aku bukan nak citer tentang teknik CGI nya yang canggih dengan banyaknya binatang berpasangan naik bahtera tersebut. Or, why God must be Morgan?. Aku cuma nak apply keadaan kita sekarang yang mendustakan apa yang Nabi Muhammad SAW sampaikan tentang perkara-perkara yang akan berlaku.Tapi kita buat derk jer.Situasinya sama dengan movie ini.

Dalam citer ni, semua penduduk di situ tak percaya apabila Evan cakap banjir akan berlaku.""God told me that". Sedangkan ramalan cuaca mengatakn sekarang musim panas.Malah mereka menghina Evan dan memperkecilkan si Evan nih.Akhirnya banjir benar-benar berlaku apabila empangan pecah dan hampir mengelamkan bandar tersebut.

Begitulah kita sekarang ini, apabila Ulamak sekarang tidak dipedulikan lagi. Fatwa dah kata tak buleh still jalan lagi.Ingat tak masa Tsunami, seluruh Malaysia insaf sekejap. Konsert New Year dibatalkan.Siapa sangka Tsunami akan melanda Malaysia. Kecoh sekejap mengatakan kiamat akan berlaku. Tapi itu dulu sekarang dah ok..Iya ker?

Tepuk dada tanyalah iman

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Layan movie :Evan Almighty"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar