-->

Hari Ini Bentuk Kerajaan, Besok Harga Minyak Turun



RUMUSAN, hujah DSAI

  • Pakatan Rakyat akan turunkan minyak keesokannya sebanyak RM0.50, sebaik sahaja Putrajaya diambil alih.
  • Maka sejumlah RM5 Billion diperlukan untuk menampungnya.
  • Angka ini dapat diperolehi melalui RM2 Billion hasil review semula perjanjian TNB dengan IPP
  • Ketirisan, kebocoran subsidi diesel RM700 juta
  • RM 170 juta, projek pemberian khas kepada kroni pembesar UMNO, Teras Kimia
  • RM1 Billion, diambil dari sumbangan dividen khas Petronas2008 kepada kerajaan sebanyak RM 6 Billion.
  • Maka selesailah masaalah

LAIN - LAIN HAL

  • Pengerusi TNB, tahun 90-an, Tan Sri Dr Ani Arof, meletak jawatan kerana TIDAK BERSETUJU dengan syarat dan terma perjanjian diantara IPP dengan TNB yang berat sebelah, yang merugikan TNB.
  • Kenaikan minyak sebanyak RM0.78 yang dumumkan baru - baru ini mirip 'PRISKRIPSI' IMF.
  • Adakah kerajaan UMNO/BN telah mengambil nasihat IMF, bagi menghukum rakyat Malaysia yang telah menolak UMNO/BN ?
  • Malaysia akan menjadi NET IMPORTER pada tahun 2015, sekiranya pengeluaran Petronas adalah pada tahap sekarang, dan tidak ada telaga baru ditemui.

AHMAD SHABERY

  • Maaf tidak ada fakta dikemukakan dan sepanjang perdebatan tersebut tidak ada angka - angka diperolehi, serta hujah dan ulasan yang diberikan tidak bersangkutan dengan tajuk iaitu " HARI INI MEMERINTAH, ESOK HARGA MINYAK DITURUNKAN"
  • Hanya serangan peribadi yang diutarakan, seperti fitnah tentang demostrasi baling, melawan Tun Razak, Melawan TDM,
  • Semua jawapan yang dikemukakan oleh beliau adalah tidak menepati soalan yang dikemukakan

TAMBAHAN SIKIT

  • Panel Tan Sri Dr Nordin Kardi

Soalan yang dikemukakan agak janggal, iaitu cuba untuk TIDAK mengaitkan IPP dengan tajuk debat. Tangkas dipancung oleh DSAI. Ini memalukan taraf seorang Naib Canselor bagi sebuah universiti yang ternama di negara ini.


Ada tuduhan sedikit masa dulu, katanya adaNaib Canselor sebuah universiti di Malaysia yang menciplak tajuk presentasi ilmiah. Siapakah dia itu ?

  • Zukifli Sulong

Soalan yang ditanya sangat bernas, iaitu soal penjimatan minyak hasil kenaikan tahun 2006 sebanyak R0.30 sebanyak RM4.13 Billion, hanya dibelanjakan sekitar RM700 juta sahaja. Bakinya ke mana pergi ?Begitu juga kewarasan kerajaan untuk membelanjakan sebanyak RM13 Billion, yang bakal dijimatkan, hasil kerajaan UMNO/BN menaikkan minyak sebanyak RM0.78 baru - baru ini. Ke manakah wang sebanyak itu akan dibelanjakan ?

NOTA

  • DSAI akan bertanding dalam pilihanraya kecil, dalam masa se singkat - singkatnya
  • Adakah di Permatang Pauh ?

Regards,

Hezal Iskandar
ASCC

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Hari Ini Bentuk Kerajaan, Besok Harga Minyak Turun"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar