-->

Buat Duit Dengan Ziddu

An overview of the structure of DNA.Image via Wikipedia

Apa itu Ziddu.com

Ziddu adalah 'file hosting' percuma yang memberikan banyak servis yang hebat serta memberi peluang kepada ahli-ahlinya mendapat wang daripada fail-fail yang dimuat-naik. Ziddu juga memberikan kebebasan untuk anda mencipta audio dan video bagi dikongsikan dengan orang lain. Tidak sebagaimana 'free hosting' yang lain (contohnya Rapidshare, FileFactory dan lainnya), Ziddu membenarkan untuk anda muat-turun (download) lebih dari 1 fail dalam satu masa tanpa perlu menunggu.


Ciri-ciri hebat Ziddu ialah:
1. Muat-naik fail yang tidak terhad bilangannya (unlimited upload files)
2. Saiz dibenarkan sehingga 200MB bagi setiap fail.
3. Fail disimpan selama 90 hari (3 bulan) setelah muat-turun terakhir.
4. Tidak ada 'countdown time' dan membenarkan muat-turun serentak.
5. Akaun percuma untuk semua ahli. Tidak ada akaun premium.
6. Jika fail anda adalah foto, klip video atau lagu, Ziddu akan memaparkan 'review' fail-fail tersebut, dan jika seseorang klik untuk besarkan foto, mainkan video itu atau dengar lagu, maka anda akan dapat pengiraan 1 muat-turun.
7. Ziddu akan membayar minima $10 untuk 10,000 muat-turun.
8. Ziddu juga punya opsyen e-mel yang membolehkan ahli menghantar pautan muat-turun kepada kawan-kawan.
9. Mempunyai had IP satu fail satu hari, maksudnya ahli akan dapat pengiraan 1 muat-turun bagi satu IP dalam 1 hari.
10. Anda akan dapat $0.001 untuk setiap muat-turun unik (rujuk perkara 9 di atas).


Bayaran
Ziddu akan buat bayaran kepada anda melalui PayPal atau Money Bookers. Anda perlu tunggu 40 hari sebelum anda terima bayaran, dan anda boleh keluarkan hasil yang anda perolehi itu selepas pendapatan anda melebihi $10. Ramai orang telahpun mendapat bayaran yang dijanjikan oleh Ziddu. Ia mungkin tidak banyak, tapi berbaloi sebab anda dapat kemudahan ini tanpa bayar apa-apa.

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Buat Duit Dengan Ziddu"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar