-->

Kenangan sewaktu balik raya dolu-dolu

Salam semua,


Masa drive nak ke opis tadi layan celoteh si SY,KE dan Kril di Sinar FM tentang balik raya.
Tetiba rasa nak cerita pengalaman masa zaman sekolah kalau balik raya.

Memori semasa balik raya ke Muar terus berputar.."roll filem"

Dulu kami sekeluarga duduk di Kem Majidee,JB.Masa tu abah seorang lans koperal 453341 (aku hafal no abah pasal selalu bawak adik2 pg hospital, kena bagi no ni). Masa tu kehidupan tak lah seperti sekarang. Harta yang ada hanya lah basikal, so kalau nak balik raya.Kena lah pinjam lori minyak masak arwah pakcik aku.Lori ni di gunakan untuk bawak tin-tin minyak masak untuk berniaga di Pasar Malam sekitar Johor.

So korang leh bayangkan lah lori bawak minyak masak ni, sangat lah berminyak ok.Tapi abah aku kan basuh dulu sampai bersih kat MT(aku lupa apa nama penuh dia). Then bila dah bersih, kita orang akan letak beg2 di belakang pastu bentang tikar. Aku dan adik beradik akan baring di belakang. Biasanya kami akan bertolak pagi untuk mengelakkan jem. So aku akan tido sahaja sepanjang perjalanan.Memang bangun badan akan sakit-sakit, sungguh keras lantai lori itu.Tapi nak buat camner layan kan aje dah biasa janji balik kampung.

Bila dah sampai kampung tido merata-rata di depan TV, janji ada ruang. Aku suka layan arwah atuk lelaki aku dulu, dia selalu bercerita tentang zaman Jepun, masa dia pergi Mekah dan macam-macam lagi la.Kadang-kadang kalau kena musim buah, aku and sepupu yang lain akan serbu pokok rambutan yang lebat di sebelah rumah atuk. hehehe. Bila atuk tanya, dah mintak belum dengan jiran sebelah. Kita orang akan jawab, dah mintak dengan pokok je hehe.

So bila nak beraya di rumah sedara yang lain, kita orang akan konvoi ramai-ramai dengan lori tuh hehe. Lepas tu akan punggah segala buah kelapa, pisang, ubi dan macam-macam lagi yang buleh di letakkan di belakang lori.Memang best raya dulu.

Bila dah balik kem plak, aku akan beraya dari flat ke flat. Bersama adik-adik lelaki yang 6 orang pada masa tuh. Dapat duit simpan balik rumah baru kira masuk tabung, pastu berangan nak beli kereta control. Sebab aku hanya main robot-robot dengan sepit plastik mak aku ajaa.

Sekian flashback balik raya dari lankapo, korang plak camner ?

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

9 Responses to "Kenangan sewaktu balik raya dolu-dolu"

  1. Oh gomuknye haku time neh...masa ni peknen 8 bulan kan syg??huahuahua,sungguh kenangan kan..tak sangka..raya tawon ni Damia dah kuar menjenguk bumi he he...tawon ni kita raya kampar dulu...kah kah kah

    BalasPadam
  2. ye ke yang, gomuk la yang haha.

    Takper Kampar pun sama jugak, cuma budaya JOhor akan dikekalkan ok.

    Ketupat tetap akan dicari dan I will wear my full suit of baju melayu with samping ok, no kain pelekat bluek !

    BalasPadam
  3. hahaha...mintak ngan pokok rambutan jek ek.amboi amboiiiii..ko merembat rambutan org la abg oiiiiiiiii..haha :P

    dlm bc, dlm magin camne naik lori minyak tuh...adehhh. azab gak kirenyer tuh ek, abg. Idup dulu² mmg susah arr kan. Zie pown x terlepas dr kehidupan g2 :)



    P/s:
    -->> eh eh..mane de kak yaya gemuks. memandai jek. Lawa jek nengok tuh. **sumpah x bodek :D **

    BalasPadam
  4. tahun ni aku tak balik jakarta sebab orang jakarta nak datang sini..so balik pahang and then raya kat shah alam dgn orang2 jakarta tu semua....

    p/s; jangan curi visitor tak baik, amik je laa.. x pe...

    BalasPadam
  5. zie- ah sudah lah ko nak menangkan kak yaya ko ajer.
    alah rambutan lebat, merah2 terjuntai jer kat umah atuk ,saper tak geram.
    azab jugak lah naik lori tuh,tapi janji balik kampung ooo balik kampung

    gamab tu raya tahun lepas, kita orang baru pindah rumah tu, yang bestnya pindah waktu puasa lak tuh. memang mencabar. nasib baik semua dah besar panjang.maklumlah 8 lelaki.

    BalasPadam
  6. shaxx - iya ker wah ko lagi best dua negara hehe, dua budaya..

    iya ker , tima kacih lah ekk hahha ko rajin singgah sahur blog orang, aku ni pemalu sket hee

    BalasPadam
  7. hehehe....nape cite ko same ngan cite abah aku mase kecik ek? sume dak laki mmg mintak kat pokok jek ke? ape2pon...sangat lah interesting...

    *rasenye abah aku ade cite sal majidee nieh...nanti aku rewind balik ape die cakap...lupe plak...

    BalasPadam
  8. chery - hehe actually bukan aku yang jawab macam tu, sepupu aku yang jawab. hehe. Aku tolong panjat jer. Anyway pastu mak aku akan beli dengan makcik sebelah tu. Ala sedara jugakk hehe

    Ayah ko askar jugakke,,aku duk sana dari sekolah rendah sampai form 4.

    BalasPadam
  9. bestnyer balik kg naik lori
    mesti indah pengalaman tu kan

    bukan senang nak ade experience tu

    pandai eh
    curi rambutan mintak ngan pokok

    hiksss

    BalasPadam

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar