-->

"Orang Asing" di Gerai Nasi Kerabu

RED CARPETImage by anuarsalleh via FlickrSalam semua,

Hari ni aku teringin untuk berkongsi kisah teladan sewaktu membeli nasi kerabu untuk berbuka di bazar berdekatan dengan Taman rumah aku. Mula-mula cam malas jer nak kecoh pasal menda ni tapi tak tahulah fikiran aku tak tenang selagi tak luah kan :)

Kebiasaanya, wife aku yang uruskan bab2 makan untuk berbuka ni. Either dia masak atau beli or makan kat luar. Apa yang dia masak/beli aku makan ajer tanpa banyak komplen.
Alkisahnya petang tadi, aku plak yang disuruh untuk membeli makanan.

Menu hari ni kata dia, Nasi Kerabu lauk Ikan dan Ayam. Aku pun pergilah ke bazaar ramadhan berdekatan. Beratur lah aku menunggu giliran. Sedang aku menunggu tuh, datang lah seorang makcik ni muka ala2 mak Pier Andre, alahh Mak uda tuhh.

Sambil akak gerai tuh amik order aku, bersembang2 la Mak Uda ni dengan akak gerai tuh.Dialog dalam Kelate ok.

"Akak nak order satu jer"kata Mak Uda
"Suami akak tak reti makan menda2 macam ni" tambah dia lagi
"Eh sekarang ni orang luar pun dah reti makan nasi kerabu nih kak" jawab akak gerai tu

Dalam hati aku fikir, suami dia orang luar kut. Belah2 Johor ke Perak ke kan.

"Eh tak lah, suami akak makan spagethi jek.Menda2 camni dia tak reti." tambah Mak Uda.

At that time aku ingat Mak Uda ni bergurau jerk hehe

"Hari -hari makan spagethi,Maklumlah orang asing" katanya dengan nada agak bangga.

"Yeke kak, lain kali bawak lah nak tengok sangat ni" jawapan mesra akak gerai :)

Ajela aku cakap dalam hati, nak cakap husband dia mat saleh rupanya. Cheit podaaa

Kalau sambil lalu jer kisah spagethi dia, aku tak der lah kisah sangat ni so obvious dia ulang pasal spagethi tu. Nak jerk aku cakap kat dia, "Makcik, ingat saya herann ke" hahaha

Kesahihan cerita dia tidak lah aku tahu, tapi kalau betul pun tak payah lah nak canangkan. Agak-agaklah. Orang Malaysia pun apa kurangnya kan.Sopan santun berbudi pekerti lagi.Macam aku hahah canang diri nampak.

p/s
Aku cuba bayangkan Mak Uda tadi masa muda mesti berangan macam Maya Karin dengan Lelaki Italy tuh haha. Gelak2 sambil guling2

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

9 Responses to ""Orang Asing" di Gerai Nasi Kerabu"

  1. isk isk isk... apa la ko ketawa kan orang bulan2 pose nih... kureenggg nanti... kekekeke

    BalasPadam
  2. lankapo...
    ko jeles die tak kawen ngan ko ke...
    ehehehhee...gurau jek bro...jgn marah:

    BalasPadam
  3. shaxx - hehe aku bukan gelakan dia cuma meluat jer haha

    ceryna- eloo excuse me ..hahaha. aku rasa suami Italian dia tuh lelaki yang bertuah di dunia ini hehe

    BalasPadam
  4. wohoho.. tak baEk gElakkan orang..
    bia la die ngan dunia die :P

    BalasPadam
  5. along - hehehe ala saper suh dia bg I dgr kan , salah dia lah citer kat i

    BalasPadam
  6. elehhhh...x bley blah la makcik tuh...puiii. Klo zie ade kat pat tuh pown, bang. for sure nyer aku meluat dlm ati...cittt.

    bangga gilos ek ngan hubby org putih. pi jek la habaq yg laki hang tuh mat salleh drpd susah payah berkias² bagai, puii..hahaha

    mmg arr mat salleh encem lg dr lelaki melayu, dpt ank nnti pown da'bomb hasilnya..haha. tp for Zie...lelaki melayu tetap menjadi idaman hatiku..kahkahkahkah

    :P

    BalasPadam
  7. zie - aik over nampak hahah saba zie..biasa lah dia cakap laki dia hensem cam laki maya karin kut hehe

    BalasPadam
  8. omputih aku rasa takdela makan spaghetti tiap-tiap hari. heiishh cemuih kalau aku.. but then aku bukan orang pute.

    kesian laki dia. hari hari kene makan spaghetti. pizza pasta sandwich lasagne steak bla bla bla apa jadi? Ntahla aku rasa tak logikla makan spaghetti tiap2 hari, walau orang Itali sekalipun.

    BalasPadam
  9. entah lah ct, dah tak biasa nak wat cam mana. hehe.

    aku baru jerk mkn spagheti mlm td di pizza ok. I tak biasa nasi-nasi ni hahaha

    BalasPadam

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar