BuluhMas kena serbu dengan Bank Negara

 

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.

Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Mengikut maklumat daripada laman web, secara umumnya syarikat-syarikat tersebut menetapkan bayaran minimum RM1,000 sebagai deposit untuk pendeposit menyertai bidang perniagaan seperti pengiklanan, pelancongan dan perkhidmatan.

BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd.

lagi berita di Utusan

lankapo - Sebelum ni ramai yang ajak aku join..nampak macam sah, tak sah rupanya. Macam-macam dugaan nak kaya nih hehe

Catat Komen

10 Ulasan

Hezrin Ahmad berkata…
selalu nmpak sticker kete dia... keep wondering what was that...hmmm... rupa2nya... sib baik xtau...muahaha
lankapo berkata…
mm tu lah, ramai jugak yang dah join.
hampir joi jugak sbb agen ni pujuk suh wat laon dgn dia join buluhmas ni, nasib biak tak jadik.

klu tak leburr
Yaya berkata…
adehhhh jazmeen oh umairah jazmeen...malu seyyhhh
Awanama berkata…
tapi mungkin jugak ni gara2 ada yg dengki dgn kejayaan mereka kot... mungkin lah kan... orang melayu ni ramai yg suka dengki2... nasib baik x kena denggi...
cheryna zamrinor berkata…
cewwaaahhh...penting gak tarikh buffday aku nieh ek:P

bukan senang nak senang...kalo nak melabur pk la semasak2nye:D
Unknown berkata…
selalu nmpak sticker kat keta..isk isk..skim cpt kaya rupenyer
iMz berkata…
ooo..aku mcm penah dgr nama buluhmas ni...ade nampak sticker kt kete org la...
Awanama berkata…
Oooo... baru tau la ni buluhmas tu syarikat skim cepat kaya... selalu dpt mail dier... ingat legimate company.
lankapo berkata…
hehe kaya cepat, bankgrap pun cepat..

yang kaya taukeh dia hehe
nhanania berkata…
tu la keep wondering gak ape la buluhmas ni..ingt kedai jual tikar buluh ker..perabot ker..tp sticker die mmg kelakar laa..pelik tu owner kete pun sanggup la nk lekat kn sticker mcm tu kt kete die.