-->

Andai Mereka Tahu



salam semua,
Lately aku begitu kemaruk di facebook, al maklumlah berjumpa teman-teman lama semasa di sekolah rendah dulu.Sekolah Kebangsaan Angkatan Tentera (SKAT) JB.. 17 tahun telah ku tinggalkan, putus hubungan suddenly kita orang bertegur sapa dan bergurau senda :). Padahal lama gila dah tak jumpa
Banyak lah plak gamba-gamba aku yg comel di upload oleh kawan-kawan. Terus fikiran aku berputar-putar umpama video kamera lama menangkap memori,picture dan video semasa di JB dulu.





Semasa Darjah 6

Lan Kerepek
Paling yang tak buleh aku lupa kareer aku sebagai penjual kerepek di sekolah. Kerepek Ubi pedas yang aku jual 20 sen sebungkus, tu pun ada yg hutang. haha. Ubi dibeli dari makcik-makcik kaum Iban yang aktif berkebun di dalam hutan di kem Majidee dulu. So aku kena angkat ubi ni dari kebun ke flat aku tingkat 3, blok Tekukur. Jauh dan berat, memang penat..tapi demi duit saku..aku terpaksa jua :).

Batalion 1 Renjer, Agi idup Agi Ngelaban, memang majmuk askarnya. Ada Melayu, Iban, Melayu Serawak, Dayak dan India. So kawan-kawan aku dulu memang dari pelbagai bangsa.
So aku akan bawak dua beg, satu beg sekolah dan satu lagi beg kerepek aku. Tak silap ada lah dalam 30-40 bungkus yang aku bawak ke sekolah. Jual di tepi tandas, laku jugak sedap kerepek mak aku lemak-lemak manis hehe. Bila balik aku akan happy sebab saku aku akan penuh duit syiling dan beg kerepek yang kosong.
Menapak ke sekolah
Seperti entry yang aku buat sebelum ini, hidup kami dulu tidak seperti sekarang. Adik-adik aku sekarang ni memang sangat beruntung, transport dah ada. Nak pergi sekolah buleh naik motor,kadang-kadang abah hantar naik kereta.
Aku dulu jealous jugak dengan kawan-kawan aku yang lain, serba serbi cukup. Aku dulu memanglah pergi sekolah naik trak askar ramai-ramai tapi kalau nak pergi selain dari hari sekolah, aku kena pergi sendiri..naik apa ? Yes my two foot. Korang tahu tak berapa jauh sekolah dengan kem aku dulu.
Aku pun dah lupa hahah. Sekolah aku terletak di Plaza Pelangi, nak keluar kem lagi ada lah dalam 20 minit ..nak ke sekolah lagi dalam setengah jam kut..1 jam jugak lah aku berjalan. Aku biasa jln kaki bila nak pergi tuition, tak ada anak askar lain yang amik tuition tu selain aku. Aku yang pujuk mak aku ..RM 10 sebulan 3 subjek rasanya..Tiution Cikgu Mahbob, dia amik kat sekolah naik van. Sampai lah dia kesian kat aku, sebab menapak jauh gila..dia suh aku tunggu kat depan kem aja..sedih plak bila kenang balik..akhirnya aku berjaya dalam UPSR aku.
Sekolah Agama Johor
Kalau sesiapa yang sekolah di Johor, sekolah agama petang adalah suatu kemestian. Aku sempat sekolah sampai darjah 3 dan 4 rasanya, sebab yang pasti aku miss belajar bab munakahat hahaha. Itu yang nak sangat belajar tuh, sebab masa tu pelajar perempuan dan lelaki akan dipisahkan.
Seperti biasa, klu nak pergi sekolah agama petang memang takder trak nak hantar kena inisiatif sendiri. Yang ada basikal akan pergi naik basikal, yang takder macam aku ni, cam biasala..jalan kaki. Ni memang rutin tiap petang. Ingat lagi dengan samping biru, aku akan lipat lengan baju aku empat kali hehe. Sekolah Agama Bakar Batu nama dia, nak pergi sekolah agama kena ikut gate belakang. Yang kadang-kadang tutup masa balik, terpaksa buat tawaf kem Majidee tu balik ikut jalan depan. Jauh jugak la, tapi dah biasa..
Tapi aku tak pernah pun nak ponteng, semangat waja lagi nak pergi sekolah agama. Baca kitab lagi bila nak periksa. Alhamdulillah, aku pun cemerlang masa sekolah agama dulu, siap kalah kan akak-akak and abang senior. Sebab kalau sekolah agama Johor ni, kalau tak lulus sampai bila lah ko tak naik darjah haha.Sebab tu lah dalam kelas agama tuh ramai senior-senior dari aku.
Cekal dengan Keperitan hidup
Aku selalu menasihatkan adik-adik aku cerita macam mana kepayahan hidup aku masa nak belajar dulu. Ini tidak nak top up hand phone je keja, hand phone nak mahal. Manja sangat :)
Kesusahan, rintangan dan serba kekurangan menjadikan kita lebih tabah menghadapi dugaan hidup . Tekad aku masa tuh untuk membantu keluarga. Maklumla sulong dari 9 adik beradik.Hingga aku berjaya masuk Universiti dengan biasiswa JPA, tak menyusah kan ayahnda aku. Aku pun tak pernah mintak duit dari diorg, aku memang bergantung penuh dengan duit biasiswa untuk belajar,buku dan belanja makan.
ok lah cukup la buat masa ni, sedih dan terharu bila mengenang balik zaman dolu-dolu. Kita patut bersyukur dengan apa yang di anugerahkan Tuhan. Aminn


kawan-kawan di PPP ITM

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

8 Responses to "Andai Mereka Tahu"

  1. Memang seronok bila berjumpa kembali dgn teman2 lama. Kenangan2 suka duka terus menjadi memori hidup kita.

    Saya sendiri dah lama tak berjumpa teman2 lama semasa kami aktif giler main golf dulu. Sehinggakan seorang kawan baik meninggal dunia dlm accident nak pergi main golf dan saya sendiri hancur sebuah BMW dlm perjalanan nak pergi main golf.

    BalasPadam
  2. Bila Lankapo menulis..

    Haaa.. camni ler jadinye. merepek meraban jer. mula la tue ingat memory lame, awek lame.. oppsss. heheh.

    well, kwn2 lame jgn sesekali dlupekan yer abg iparku..
    tp awek lame, harrusss dlupakan. *kwang...kwang..kwang..*

    BalasPadam
  3. abg ruslie -
    main golf ni memang berhantu hehe, klu dah kaki golf tuh, hari2 nak menyabit hehe.

    adik iparku-
    tempat jatuh lagikan di kenang ini kan lagi awek lama kwnag kwnag

    aii awek masa sekolah rendah la, comel jek bila kenang balik haha.

    BalasPadam
  4. Bro,
    Ada seorang ustaz ingatkan aku. Jangan selalu sangat mention peritan hidup kita masa kecil depan parents kita. Nanti dorg sedih. Memang banyak kebaikkannya terkenang dan sebut pasal kesusahan tu. Cuma jangan selalu sangat, nanti parents kita ingat kita tak puas hati.

    BalasPadam
  5. hahaha bleh camtu ekk. Entry ini bukan aku tak puas hati sebab aku susah dulu.

    Tapi more to ingat kan /pesanan untuk adik-adik aku yg manja sgt.Bapak aku pun selalu cerita macam mana dia idup susah dulu, lagi jauh nak pergi sekolah. Atuk aku dulu menoreh getah je.

    Supaya kami bersyukur dan lebih berusaha untuk berdikari. Sekian hehe

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama1:50 PTG

    Banyak gambar yang x kuar la bro... mungkin prob Mozilla Firefox nih...

    Latest blog Dapat award dari @LiYaNNuaR

    BalasPadam
  7. ok bro thanks
    will fix it

    BalasPadam
  8. emm,,seribu satu mcm perasaan bila baca citer ko nih.aku kecik2 dulu mcm ko gak.bersusah2 dahulu,kita bersenang2 hari nih.kan!kan!kan!
    aku slalu beli kerepek org jual kat sekolah.pastuh aku sedekah kat sorang junior aku nih,boy.nampak dia org susah sgt.dgn baju comot,hidung berhingus lagi..hari2 dia intai aku belajar kat kelas.aku tahu,dengan harapan bila aku kuar rehat aku bg dia sket apa2 yg aku beli even aku bwk 50 sen pi skol.aku x tau apa jd k budak kat budak tuh srang.penah la tserempak kat pasar malam bila balik umah mak aku..aku masih kenal muka dia sampai hr nih.moga dia sentiasa dirahmati oleh Allah.....

    BalasPadam

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar