-->

Harimau Putih Mengganas

Sorry guys, youtube sudah delete, klu mau tgk jugak bleh pg sini

http://breaking.sg/story.php?title=singapore-zoo-the-real-white-tiger-attack-video


Mintak maaf ini bukan pertunjukan sarkis atau gimik penaja zoo, ini adalah betul-betul bukan cubaan. Tindakannya masuk ke kandang harimau putih benggal ini masih misteri pada aku. Apakah tujuan sebenar dia membawa penyapu dan baldi ke dalam kandang harimau terbabit, kalau seekor mungkin ada harapan lagi, ini 3 ekor.

Sedih jugak bila cara arwah meninggal agak tragis. Mungkin sudah ajal.  




>Aksi macam pertunjukan
Oleh Saipul Adli Mohamad dan Ibrahim Isa
[email protected]

JOHOR BAHRU: Gambar kejadian ngeri membabitkan seorang lelaki warga Malaysia, Nordin Montong, 32, dibaham tiga harimau Bengal putih di Zoo Singapura mula tersebar luas di Internet.

Gambar berkenaan turut disiarkan di akhbar republik berkenaan, The New Paper yang menyebut ia disumbangkan beberapa pengunjung yang merakam kejadian itu menggunakan perakam video dan telefon bimbit.

Jumaat lalu, akhbar The New Paper dengan tajuk ‘4 Minutes of Terror’ melaporkan pengalaman sekumpulan tujuh remaja yang meluangkan masa bersama di zoo berkenaan.

Seorang saksi yang merakamkan kejadian itu, Nizam Zainal, 16, dilaporkan berkata pada mulanya mereka menyangka kejadian itu antara pertunjukan zoo kepada pengunjung.


Ketika itu, Nizam dan enam rakannya berehat selepas menjalani peperiksaan O-Level, tiba-tiba terkejut apabila terdengar percikan kuat dalam kolam di kawasan kandang haiwan terbabit.


“Saya melihat seorang lelaki berjalan perlahan-lahan dalam kolam itu sambil membawa sebatang penyapu dan satu baldi di tangannya.

“Lelaki itu kelihatan tenang dan menjerit ke arah harimau terbabit, seolah-olah ingin mendapatkan perhatian menyebabkan saya berfikir, dia kakitangan zoo yang mahir dengan pertunjukan harimau,” katanya.

Ketika itu, Nizam berkata, seekor daripada tiga harimau itu terus meluru ke arah kolam itu dipercayai tertarik dengan bunyi percikan air.

Nordin yang bekerja sebagai pencuci zoo dikatakan berjalan tenang ke arah harimau terbabit.

Mangsa kemudian berdiri di penghujung batu bertentang mata dengan haiwan terbabit.

Nizam menyangka harimau terbabit sudah biasa dengan kehadiran pencuci itu.

Bagaimanapun, haiwan itu itu tiba-tiba ‘menampar’ Nordin dengan kuat hingga mangsa jatuh melutut menyebabkan kira-kira 20 pengunjung ketakutan dan mula menjerit untuk mengalih perhatian.

Harimau itu membaham tengkuk arwah seakan-akan menjinjing mangsa ke kiri dan kanan sebelum harimau kedua datang.

Kedua-dua harimau itu mula mencium Nordin dan berjalan mengelilinginya.

Ketika itu, kelihatan jelas wajah ketakutan mangsa apabila dia menjerit meminta pertolongan.

Rakan Nizam pula, Fadzil Ramlee, 16, menjerit menyuruh mangsa terjun dalam kolam, tetapi Nordin menutup kepala menggunakan baldi dan menjerit Allahuakbar.

Katanya, ada pengunjung membaling payung, tetapi tidak mengenai haiwan itu.

Dua harimau itu seolah-olah terganggu dengan jeritan orang ramai dan tepukan tangan mereka, namun tidak meninggalkan mangsa sebelum seekor harimau itu menerkam mangsa dan mengheretnya ke bahagian dalam kandang berkenaan.

Disebabkan jeritan kuat pengunjung, dua harimau itu melepaskan Nordin sebelum mangsa dilihat berdiri, malangnya tiba-tiba dia diterkam semula dua harimau itu.

Saksi lain, Aziz Ansari, 16, berkata mangsa mencuba sedaya upaya untuk melepaskan diri, termasuk menendang harimau berkenaan.

Katanya, dalam klip video yang dirakamnya menggunakan telefon bimbit, dia dapat melihat Nordin cuba terjun dalam kolam apabila pengunjung menjerit memintanya berbuat demikian.

Bagaimanapun, mangsa gagal kerana dua harimau itu menghalangnya walaupun dia menggunakan baldi yang dibawanya itu sebagai perlindungan.

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

9 Responses to "Harimau Putih Mengganas"

  1. Awanama1:09 PTG

    perghh...ngeri gila..hmm.. ada apa2 perkembangan terbaru dgn siasatan?

    BalasPadam
  2. macam pelik je kejadian ni..
    ada unsur2 sabotaj ke?
    sian...

    BalasPadam
  3. Awanama2:22 PTG

    aku pun terkejut gak sebab aku penah lepak sambil amik gambar dgn harimau berkenaan. beliau memang besar giler dan posisi dorang mmg jelas dari tpt kita menjenguk tu. no wonder la org boleh nampak kejadian tu dari awal sampai akhir...

    BalasPadam
  4. Awanama2:30 PTG

    wat pe la dia nak lawan rimau ngan mop dan baldi... pelik tul...

    BalasPadam
  5. tak tahu lah kawan2..aku tak rasa ada unsur sabotaj pasal clearly arwah yg masuk dgn suka rela nak mesra dgn "beliau"..hehe

    wei fadzli, beruntung lah ko..upload lah gamba beliau ..kami nak tgk hehe

    BalasPadam
  6. kalu bukan sbotaj...kenape kat gambar tu ada tulis "i'm sory..i'm sory..ok?ok?"....ada kaitan dgn spiritual tak?haa.....pendinding tak kuat ke...?

    BalasPadam
  7. hehe cik norliana, masih teguh dengan unsur sabotaj.

    not sure la..sama ada arwah ada bonding dgn rimau2 tersebut. Atau menuntut ilmu salah wallahualam

    BalasPadam
  8. masa receive email tuh, rasa ngeri la jugak nengok gambo...

    tapi takleh ingat lagik yang video kena terkam kat afari tuh..lagi dahsyat!!

    BalasPadam
  9. masya'allah ngeri.... ngaper la aku nak nengok jugak video ni...

    astarafirullah hal azim....
    allah hu akhbar!!!

    BalasPadam

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar