-->

Kanser - Apakah Petanda ini Wujud pada Anda ?




 Kenal pasti samada tanda-tanda ini wujud pada diri anda.. Kesan awal kanser boleh menyelamatkan nyawa anda, maka kerap melakukan pemeriksaan perubatan dan lebihkan pemakanan sayur-sayuran dan makanan yang mempunyai zat fiber yang tinggi.Selain itu, kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemaknya serta, bersenam dan amalkan gaya hidup yang sihat.

1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia)- letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 Punca Utama Kanser : 

(1) Makanan
(2) Alkohol 

(3) Sinaran cahaya matahari
(4) Pengambilan ubat
(5) Perokok yang tidak aktif
(6) Tembakau
(7) Radiasi
(8) Pekerjaan
(9) Pencemaran air dan udara
(10) Keturunan


souce: email

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

2 Responses to "Kanser - Apakah Petanda ini Wujud pada Anda ?"

  1. mintak simpang la dpt penyakit2 ni...!!

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama9:06 PG

    now a days, sickness is very scary, most of the people end up their life easily if without take care of health

    BalasPadam

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar