-->

Harian Metro tempat promosi iklan judi 4D

-iklan untuk tahi judi

Iklan merupakan salah satu income penting bagi mana-masa media massa termasuk suratkhabar dan tv. Hatta, blog sekali pun menjana income dari iklan tidak kira lah Adsense,Nuffnang atau direct dari syarikat/individu tertentu.

Namun disebalik ghairah menjana income kita perlu juga bertanggung jawab terhadap produk/service yang kita iklankan. Dalam blog sendiri pun aku memilih untuk tidak mengiklankan iklan judi dan arak kerana tidak mahu bersubahat.


Tapi aku sedih kerana sebagai salah satu akhbar berbahasa Melayu yang laris di Malaysia, Harian Metro lebih cenderung untuk menjadi alat promosi iklan judi 4D. Perkara ini sudah lama aku perhatikan, cuma semalam aku rasa patut perkara ini diketengahkan apabila satu page belakang selepas berita sukan dipenuhi dengan iklan untuk mendapatkan keputusan nombor ekor 4D. Kadangkala aku lebih membaca iklan dari berita sukan itu sendiri.

Personally aku rasa benda ini tidak patut berlaku, pihak HM haruslah lebih bertangungjawab tentang iklan yang mereka paparkan. Ini kerana majoriti pembaca mereka ada lah muslim, jadi apakah motif untuk menerima iklan dari mereka yang menyediakan perkhidmatan SMS nombor ekor 4D. Bukankah ini menggalakkan pembaca untuk membeli nombor ekor dan terjebak dalam judi.

Lebih baik letak iklan arak , lebih menguntungkan bukan. Tiada bezanya.
Seperti kata Nabil; "Ahhh Lu pikir lah sendiri"



Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

1 Response to "Harian Metro tempat promosi iklan judi 4D"

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar