-->

Jumaat..Lepas Geram


Inspirasi daripada kawan-kawan di Facebook dan radio Sinar. Daripada ku kemam baik ku lepaskan di sini. Ia umpama tercekik tulang ikan, selagi tak di buang selagi tu lah menyiksa badan..
Lepas Geram Kerja

"Aku tahulah ko komander tapi jangan lah bongkak sangat. Baru Penolong Pengarah, belum KP lagi. Aku pun pernah berurusan dengan Laksamana lagi, takder lah bongkak macam ko. Bil hotel pun dia bayar sendiri, bukan macam ko nak pow kontraktor je. 

Beg Laptop yg forwarder bagi pun ko nak pow. Aku bawak atas bukan nak bagi ko, aku nak simpan sebab tak sempat nak simpan kat kereta, tup-tup ko amik, ble. Aku harap suatu hari nanti ko sedar lah, kita manusia ni sama sahaja masih berpijak di tanah lain lah aku tgk ko terapung2 di udara lain lah kan. Jangan sesuka hati malu kan org, orang lain ada maruah jugak, bodo..macam bagus sgt arghhhh"

Lepas Geram Blog

"Aku ada baca kat blog KennySia, ada pengomen yang komen Israel berhak menyerang Gaza kerana International Law sebab Hamas fire rocket dulu kat diorg. hangin betul aku baca, nak reply English aku tak power sgt,  yg komen tu aku tak tahu Foreigner ke Jew ke Malaysian ke, tapi yg penting aku nak campak dia kat Palestine.

Wei mangkok, ko tahu tak macamana Israel  treat rakyat Palestine macam mana, sempadan kena tutup, bantuan tak buleh masuk, macam dlm tahanan. Betapa sengsaranya diorg sedap2 jek ko nak setuju dengan Israel..Seluruh dunia membantah, demonstrasi mengutuk Yahudi laknat tuh, ko plak nak sokong.

Katalah Singapore fire rocket dekat Johor, apa buleh kita serang dan bunuh rakyat awam diorag sesuka hati, haa bodo. Sebelum komen tu fikir lah dulu, tgk budak-budak yg tak bersalah yang mati syahid di bunuh. Ko ada akal ke tak, patutnya ko duk je Israel biar satu dunia melaknat ko haha"

Lepas Geram Parking

"Ni satu lagi MBSA ni time aku tak bayar parking takder plak ko saman, time aku bayar parking ticket, kul 2:30 ptg lah plak ko nak dtg saman Agak2 la, dah lah mesin parking tu kadang-kadang rosak, dah bayar tgk time sama dengan waktu aku bayar nak aje aku empuk mesin tuh, pastu bila letak kena saman lagi..arh menyusahkan jee parking ni "


Cukup lah dulu, buat masa ni..baru lah lega kepala aku kalau tak, tak tenteram kepala aku ni, buleh lah aku enjoy weekend aku ni hehe...sorry lah klu bahasa terkasar yerkk

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Jumaat..Lepas Geram"

Catat Komen

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar