-->

Bila Suratkhabar Pun Dah Bengong

Pagi Rabu ni, aku macam tk ada idea sangat nak blog, maklum la malam tadi layan bola Chelsea dgn Liverpool kan. Match memang tak rugi kalau tengok , memang dramatik. Tak sia-sia lah jaga sampai subuh hehe

Datang je opis bila baca berita online kat Berita Harian, aku tengok tajuk Bayern layak selepas seri dengan Barcelona, bila masa plak. Terus aku rasa nak marah dan blog pasal ni.

Wartawan ni aku rasa tak cukup tido ni, tak pun fan Liverpool tu yang kerja pun dah tak betul dah haha.Korang bleh baca kat sini Dari berita sumber dari AFP, sama ada english dia fail atau tak buleh terima kekalahan hehe

image

Aku hingat satu jerk, rupanya ada satu lagi error dari kosmo plak, ni pasal eksiden hari tuh. Kan ada kemalangan maut MPV David Teoh, produser filem Jangan Tegur langgar pekerja Bangladesh di lebuhraya kan.

Bila aku baca isi dia, cerita pasal bas yang eksiden kat Rawang hari tuh, aik ni lagi satu Wartawan penyokong Liverpool kot haha. Tak caya bleh cek sini

image

Kalau team dah kalah tuh, jangan lah sedih biasa lah tuh..adat permainan….APAKAH kaitan kekalahan Liverpool dengan tajuk akhbar yang salah ini….

LU PIKIR LAH SENDIRi hahahaha

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

6 Responses to "Bila Suratkhabar Pun Dah Bengong"

  1. dramatik. yup memang dramatik.
    liverpool macam tak de mud nak main tiba2 naik balik.
    walaupun akhirnya dibenam balik.

    stail memang stail

    tapi paling stail macam mana yang kalah 5-1 boleh layak?

    ni bukan layan, ni lawak :D

    BalasPadam
  2. hahah...tu lah aku ckp either diorg ni keciwa sgt..atau tak cukup tido haha,,protes kut

    aku tgk BArca lawan Bayern..gila boringg

    BalasPadam
  3. K bukan fanatik mana2 team. so K tengok malam tu as spectator (dekat tv).
    dan K boleh kata, penyokong liverpool tak patut pun rasa diorang kalah malam tu.
    diorang patut bangga. bukan mudah dapat kejar mengejar.. :D

    BalasPadam
  4. betul tu,semangat melawan tu mmg ada la..

    kira klu dlm filem mati bermaruah lah org kata hehe

    BalasPadam
  5. "Barca booked their ticket for the UCL semi-finals with a 1-1 draw at the Allianz Stadium tonight after their 4-0 win at the Nou Camp last week. A Keita rocket from the edge of the box saw Barca equalise Ribery’s earlier strike."

    apa-apa pun nantikan barcelona vs chelsea..

    aku harap wartawan itu tak buat silap..malu malu

    BalasPadam

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar