-->

Menjejakkan kaki di Bumi Captain James Cook

Tanggal 1 July,kami sekelaurga berangkat ke Sydney. Tiket di sponsor oleh bos, thank you bos..:)

Antara tujuan utama aku memilih untuk pergi ke Sydney ialah untuk melawat akak ipar aku yang menyambung Phd di University Newcastle. Aku rindu kan anak2 buah aku yang telah setahun pergi ke sana.Semasa bujang dulu, aku suka membawa mereka berjalan dan makan-makan di bandar baru bangi. Sekarang hanya berhubung melalui YM sahaja.

Trip kami ke sana hampir cancel sebab h1n1. Tapi kena redah jugak sebab tiket tak buleh ubah dah tarikh. So redahh aje..

Kami di Sydney selama 4 hari sebelum bertolak ke Newcastle dengan train. Di Sydney sempat lah jugak ke Cooge Beach, Parammata River, Opera House dan Paddy’s Market.Pemandangan memang cantik, cuma tak tahan sejuk aja. Macam beruang kutub dah aku tgk bini aku berbungkus. Damia lagi lah kesian dia..

Bertolak ke Newcastle dengan City Rail, 3 jam lamanya dalam kereta api. Akhirnya kami berhenti di Broadmeadow, dan kemudian naik teksi ke Maryland. Kak Alma dan Abg Lan menjamu kami dengan Ayam tandoori dan Roti Naan. Hilang rindu dapat melihat anak-anak buah aku tuh. Masing-masing dah besar dan cakap pun slang aussie.

Yang paling rapat dengan aku masa di Malaysia, Rumaisa. Dia akan duduk atas riba aku macam budak kecik. Sampai kan Damia pun jeles nangis2 tarik maisa dari aku haha. Pandai dah Damia jeles2 ni hehe.

Dalam pada itu, aku kagum dengan kak ipar aku. Badan je kecik tapi semangat besar dan tabah menjaga 5 orang anak yang sedang membesar. Kalau aku memang tak sanggup. hehe..pada yang muda-muda ni cepatlah sambung belajar yer. Bukan menjadi ibu dan sambung belajar PhD ni. Kalau sorang tu ok lagi, bayangkan klu malam tuh lepas sorang sorang meragam. Nak belajar lagi. Tapi Tuhan sentiasa membantu orang yang sabar, masa nak defend proposal dia di U. Panel takder soklan pun..bayangkan..mantap tak mantap. Gud Luck kak Alma dan semoga di permudahkan segala urusan. Aminn.

Orang Aussie ni plak sangat bersopan di jalan raya, ikut hadlaju. Kalau ada orang nak melintas, jauh lagi dia dah bagi. Gaji mereka 2 minggu sekali. Ramai jugak yang work from home. Suka spend time dengan family. Tak kat taman di pantai diaorg buat bbq. Kedai tutup awal plak tuh, kul 3 dah tutup sebab klu winter memang siang cepat. Bayangkan lah kul 5 dah masuk maghrib, kul 8 lebih dah ngantuk dah hehe. Subuh seperti biasa, so malam memang panjang.

 

Lastly, pengalaman di sana memang best. Tasik yang cantik, pemandangn pantai yg magnificent. Hopefully buleh dtg lagik hehe. Pasni nak plan betul2 sebab dah tahu dah selok belok kat sana hehe.

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

1 Response to "Menjejakkan kaki di Bumi Captain James Cook"

  1. jauh berjalan luas pandangan
    best2 ada org sponsor

    BalasPadam

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar