-->

Ikan Puyu di rompak Orang

Weekend lepas aku dan family pulang ke kampung Kampar untuk menghadiri kenduri arwah.Ramai lah sanak saudara yang pulang termasuk lah salah seorang abg ipar aku yang bujang, kerana family semua di Aussie. Dia ada mengusahakan ternakan ikan puyu di kampung tersebut. Namun agak sugul tidak seperti sewaktu mula-mula projek ikan puyu tersebut dimulakan.

Sewaktu benih ikan dilepaskan kami sekeluarga turut sama melepaskan benih ikan puyu di 2 kolam.2 kolam tersebut mampu menempatkan 80 ribu ikan puyu dewasa. Memang agak besar, keuntungan kasar dianggarkan 80 ribu. 5 ekor puyu dewasa sudah sekilo. Sekilo sudah rm 8.Memang masyukk.

Susah payah menyediakan modal dan tenaga kerja bagai hilang apabila terbayang hasil yang bakal di raih.

Namun harapan hampa, apabila air kolam dikeringkan hanya tinggal anak-anak ikan puyu yang masih kecil. 2 buah lori yang sedia menunggu pulang kecewa. Ternyata ikan telah dijala orang. Walaupun telah dipagar, manusia ini terlalu busuk hatinya. Tamak haloba tidak mengenal erti titik peluh usaha orang lain.

Modal yang dikeluarkan hampir 60k, tapi baki ikan yang tinggal adalah dlm rm 500. Kejam sungguh manusia ini. Tidak buleh lihat bangsa sendiri maju. Aku pun marah dan geram. Orang lain yang pecahkan ruyung, orang lain pula yang senang lenang menikmati sagunya.

Ini merupakan pelajaran pertama dalam menceburi bidang penternakan ikan puyu ini.Bukan burung saja yang perlu dihalau, manusia jugak harus dijaga. Kalau burung mungkin seekor dua yang disambar, tapi manusia lahanat ni habis satu kolam dikerjakan.

Berikut adalah antara gambar semasa proses meletakkan benih ikan puyu mac lepas.

09022009133

salah satu kolam sebelum disalurkan air sungai

 

 

09022009139

anak-anak benih ikan puyu

09022009130tuan punya kolam

 

09022009144 Apala nasib ..ikan sudah kena curikk

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Ikan Puyu di rompak Orang"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar