-->

Myvi Putih Hilang Di JB

Malam tadi anak aku meragam..nak main bola pukul 3 pagi, tido tk nak. Nenen sebotol sudah habis, tapi mata masih tk mengantuk.Terpaksa jugak aku layankan,

Lepas tuh nk layankan Elmo plak…still kul 4 baru tido.Itu pun puas memujuk  baru lah nak lelap matanya.

 

Nak di jadikan cerita aku bermimpi berkunjung ke JB membawa MyVi putih bersama isteri.Sampai di bustand bertemu seorang teman, tanpa disedari kereta itu hilang. Terus gelabah dan terjaga jugak menyangka kereta aku benar2 hilang. Tidur pun tk lena. Dalam mimpi siap nk publish kat fb suruh kawan2 carikan kereta aku yg hilang.

Bangun pagi terus cerita pasal kereta hilang di JB di FB. Tak ku sangka mimpi kereta putih hilang di JB membawa petanda kawanku Mohd Aidi [email protected] Karat di JB pergi buat selamanya. Aku baru sahaja menghubungi arwah ketika kami turun ke JB melawat Zoo Singapore tempoh hari. Suaranya ceria kerana baru mendapat anak perempuan.Itu kali terakhir aku berbicara dengannya.

Arwah seorang yang ceria, minat kepada programming, suka repair pc kawan2 dan rival aku masa main Fifa dulu. Banyak sungguh kenangan.Walaupun sekarang sudah membawa haluan masing-masing tapi still bertanya khabar.Kini semua tinggal memori.

Selamat jalan sahabat..semoga roh mu sentiasa di cucuri rahmat dan berada di samping orang yang beriman.Kita yang masih hidup beringatla, ajal menjemput kita tanpa kita duga walaupun masa tidur. Al- Fatihah

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

3 Responses to "Myvi Putih Hilang Di JB"

  1. abg..setiap yang hidup itu lawannya mati..kita harus redha dengan ketentuan Allah..sesungguhnya dunia ini adalah pinjaman semata-mata ..

    Alfatihah..

    BalasPadam
  2. semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah... syabas kepada lankapo kerana dikurniakan makrifat... itu suatu kelebihan

    BalasPadam
  3. makrifat ke bro..err seram lah plak

    BalasPadam

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar