-->

You sakit Mata I sakit Bontot :)

 

sakitmata

Tetiba idea ni datang untuk aku menulis. Bukan apa, aku macam terperanjat jugak sebab kawan-kawan aku  yang still percaya dengan amalan ni hehe.

Siapa yang sakit mata, ko kena cakap kat dia. Awak sakit mata, saya sakit bontot. Menurut isteri aku, ini untuk mengelak dari kita dijangkiti penyakit tersebut. Macam jampilah pulak.

Pengalaman aku masa kecik dulu tak de plak mak aku ajar amalan ni. Mak mentua aku yang ajar, menurutnya kepercayaan orang-orang tua. Kadang-kadang aku terpikir balik asal bontot tak anggota lain haha.

montot Mengapa montot ?

DOA DAN USAHA 

Ada sekali tuh, my family di Johor kena sakit mata yang agak teruk. Satu family kena, dari mak abah aku, adik-adik aku dan adik ipar aku. Kebetulan pulak abah aku suruh balik kampung. Risau jugak masa tuh, takut damia kena jangkit. Tapi aku redha jugak and just berdoa je. Sebab kalau abah aku dah suruh balik biasanya aku memang akur.

Masa balik tuh, semua mata merah bengkak. Masing-masing pegang sapu tangan kesat mata. Adik aku yang bongsu je dah hampir pulih, so dia je lah yang main-main dengan damia. Alhamdulillah, kami family tak kena jangkit. Balik je dari kampung terus bubuh ubat mata. So aku lebih percaya kepada usaha dan doa :)

MASA BUDAK-BUDAK PLAK

Apa lagi yerk menda yang masa kecik-kecik dulu yang kita percaya. Serius masa aku sekolah rendah dulu aku percaya kalau letak habuk pensel dalam buku boleh jadi duit. Lepas je korek pensel, habuk dan kertas kayu yang terhasil aku letak dalam buku. Haremmm  1 sen pun tak jadi hahah. Sapa lah malaun yang tipu aku dulu tuh.

Satu lagi, kalau hujan panas, aku akan letak daun lalang kat telinga untuk mengelak demam. kalau tak silap masa tuh ada makcik berbangsa iban ni yang tegur aku supaya letak daun lalang di telinga. Hujan panas ni bagi diaorg agak mistik sikit. Kalau hujan biasa tkde  plak suruh letak daun kat telinga.

Ok one more, kalau nampak lipan, mak aku suh cakap kat lipan tuh TULANG TULANG hehe.Mengikut mak aku, tulang itu adalah sumpahan kepada lipan hehe. Lipan akan pening dan terbalik.

So apa pllak kepercayaan/amalan pelik korang :) ?

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "You sakit Mata I sakit Bontot :)"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar