-->

Facebook dan Cinta Lama

Salam semua,

etika-suami-isteri Semalam aku berkesempatan untuk mendengar temuramah Dato’ Dr Fadzilah Kamsah dengan Wardina dan Fetri di MHI TV3. Tajuk perbincangan mereka ialah Bagaimana menghangatkan semula perkahwinan. Ini berkait rapat dengan kes simbah asid cuka getah kerana isteri enggan bersama. Antara point-point yang menarik :

1. Kerap Peluk/Kucup  pasangan anda untuk mengeratkan kasih sayang suami isteri.

2. Sarapan pagi untuk suami, lebih afdal kalau isteri sediakan. Wardina dikantoikan oleh Dato’ Dr Fadzilah apabila mengaku tidak sempat menyediakan sarapan untuk suami. Kesian Wardina mengaku depan national tv hehe.

3. Jika berlaku pertelingkahan, ungkit/tonjolkan perkara yang baik dulu tentang pasangan kemudian baru meluahkan perasaan tidak puas hati tentang sesuatu perkara. Umpama ingin menerima suntikan, nurse akan gosok- gosok  dulu lengan bagi mudah menerima jarum suntikan. Ini supaya pasangan akan lebih berasa lebih terbuka untuk menerima kritikan.

4. Isu facebook juga dibangkitkan oleh Wardina, apabila si suami mula aktif berjinak dengan facebook dan berjumpa cinta lama. Dato’ Dr fadzilah menasihatkan untuk suami mengajak isteri bersama-sama isteri mentelaah Facebook.

3e7a68c015073-84-1

Memang tidak dinafikan Facebook menjadi laman sosial terhangat di kalangan kita semua. Memang kita akan bertemu cinta lama, tidak dinafikan. Even aku sendiri pun, tetapi aku seronok sebab pelbagai kenangan dan masalah dapat dirungkai dan kita  lebih terbuka untuk berbincang. Maklumlah sudah lebih matang dari dulu. Tetapi itu semua hanyalah kenangan lama, manis untuk dikenang. Kebahagiaan sekarang adalah lebih manis dan harap berpanjangan aminn.

5. Menurut Dato’ Dr Fadzilah cemburu adalah wajib dan mesti ada pada setiap pasangan, tetapi biarlah berpada-pada. Dayus bagi suami yang tidak ada sifat cemburu dan tidak cium bau syurga. Manakala tidak beriman pula jika si isteri tidak ada rasa cemburu.

Kadang si suami hanya mahu test saham masih laku atau tidak. Paling tidak mahu melihat isteri cemburu atau tidak jika tersenyum senyum mengadap facebook. Isteri  pula ada yang tidak menghiraukan sebab yakin suami mereka tidak laku kerana sudah buncit barangkali.

Penampilan isteri haruslah dijaga, bukan di luar sahaja menjaga penampilan tetapi apabila di rumah endah tidak endah penampilan diri. Semoga mendapat manfaat atas point-point dari Dato’ Dr Fadzilah.

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

2 Responses to "Facebook dan Cinta Lama"

  1. yeah, and it would help kalau suami tak memperlekehkan what the wife does for the family

    BalasPadam

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar