-->

TANYALAH USTAZ – CUKUR JAMBUL

Salam Kawan-kawan,

126

Baru-baru ni aku berkesempatan mendengar ceramah di TV9 (ASTRO CH 119), di Rancangan Tanyalah Ustaz setiap pagi jam 7.00 pagi hingga 8.00 pagi. Topik perbincangan Antara Adat dan Sunnah. Menarik topik ni sebab membincangkan amalan-amalan masyarakat Melayu. Macam-macam lah dari cukur jambul, tanam uri, tangkal, melenggang perut dan lain lain.

Aku tertarik dengan amalan cukur jambul, menurut Ustaz , zaman Nabi  SAW dulu, Nabi mencukur sehingga botak cucu dia. Kemudian berat rambut tersebut akan dinilaikan dengan timbangan emas atau perak. Nilaian tersebut akan disedekahkan kepada fakir miskin. Nabi SAW melarang mencukur sebahagian seperti botak di tengah atau di tepi sahaja. Ini terdapat dalam hadis sahih. Amalan ini adalah untuk kesihatan dan keberishan bayi, rambut tersebut sudah berada di dalam rahim ibu beberapa bulan.

Baru lah aku faham, so amalan cukur jambul sahaja ni bukan sunnah lah. Kalau nak cukur kena cukur semua. Masa Damia dulu, kami  memang cukur botak, sampai luka-luka lagi. Sikit je la. Itu pun Opah tu dah pakai mata pisau cukur yg tumpul. Meraung-raung jugak Damia aku pegang. Lepas tu buat upacara naik buai. Menurut ustaz tu lagi, upacara naik buai dibolehkan jika dilakukan menurut syarak. Just menyatakan kesyukuran kerana mendapat anak. Biasanya ada sekumpulan marhaban lelaki/wanita baca selawat , marhaban dan doa. Damia dulu marhaban lelaki yang buaikan dia hehe. Group perempuan dah overbooked :)

Next, amalan menanam uri. Menurut Ustaz lagi, kalau mengikut amalan dan kepercayaan orang-orang tua, macam – macam benda yang suruh ditanam sekali dengan uri. Tanam pensel lah supaya lekas menulis, buku supaya cepat membaca dan macam-macam lagi. ustaz bagitahu, tiada kaitan langsung antara uri dengan bayi. Yang tak tahan tu, Ustaz suruh tanam uri dengan laptop supaya cepat pandai komputer :)). Seeloknya, basuh dengan garam atau asam kemudian tanam. Untuk menghilangkan bau dan mengelakkan semut. Pastikan ditanam di tanah sendiri bukan di tepi jalan. Takut nanti digali binatang liar.

Uri Damia aku tanam di rumah abang ipar aku, di bawah pokok pisang. Uri dia hancur sebab hampir lemas masa bersalin. Damia Damia..sekarang dah laju berlari dan bercakap..Syukur..nikmat Allah SWT. Sekian.

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

1 Response to "TANYALAH USTAZ – CUKUR JAMBUL"

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar