-->

Dilema Isteri Bekerja : Antara Suami dan Ibu Mertua

Salam Sahabat semua,

190920091291

Kali ini aku ingin berkongsi cerita dan pengalaman seorang ibu yang menghadapi masalah dengan ibu mertuanya. Sebagai seorang ibu yang berkarier tanggungjawab menjaga anak tentulah terbatas.

Masalah bermula apabila maidnya lari selepas bersalin anak pertama. So nak tak nak anak terpaksa dihantar ke rumah mentua untuk dijaga selepas pantang. Cucu pertama tentulah menjadi cucu kesayangan. Dijaga dan ditatang bagai minyak yang penuh.

Apabila si ibu sudah berjaya mendapat maid dan ingin mengambil semula anaknya. Mak mertua berat untuk akur. Si suami pula sebagai satu- satunya anak lelaki yang taat terpaksa menangkan ibunya untuk sentiasa menghantar anak ke rumah ibunya jika ada kelapangan.

Masalah mula timbul apabila si ibu yang bekerja ingin spend time waktu hujung minggu bersama anak-anak terpaksa menghantar anak-anaknya ke rumah mentua. Apabila diajukan masalah tersebut kepada si suami, kadang-kadang sampai bergaduh. 

So kepada aku lah diluahkan masalah ni. Pening jugak bila difikir-fikirkan balik. Ibu tersepit antara kerjaya, suami yang taat dan mak mertua yang dahagakan kasih sayang cucu. Aku hanya nasihatkan supaya berbincang dengan suaminya, sebab suami mesti akan lebih faham masalahnya. Ternyata sebaliknyamyang berlaku. Apabila perkara ini dibangkitkan mesti akan berselisih faham. Si suami akan menangkan ibunya untuk mengambil anak-anak mereka.

Si ibu ini ingin untuk bersemuka dan berbincang dengan mak mertuanya. Aku larangkan takut lain jadinya. Cuma aku nasihatkan anak lelaki mesti utamakan ibu dia. Isteri kena patuh kepada suaminya. Mak mertua dia nak sebulan sekali anak-anak dia mesti tido di rumahnya. So ibu ada 3 weekend lagi untuk spend masa dengan anak-anak. Bukanlah satu perkara yang besar untuk dipenuhi pada aku. Bijaklah menggunakan masa yang terluang untuk memberi tumpuan dan kasih sayang kepada anak-anak. Kadang-kadang kita terlalu mementingkan karier hingga anak- anak terabai.

Jangan bagi anak-anak kita lebih sayangkan nenek dia dari ibu bapa sendiri. Perkara ini berlaku kepada anak kawan aku. Anaknya dibiarkan di jaga ibubapa di kampung. Setelah 2 tahun, anak tidak mahu ikut ibubapa lagi. Even naik kereta pun nak kena sekali dengan opah dia. Mmm sedih kan bila anak sendiri sayangkan orang lain lebih dari kita. Sekian

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

4 Responses to "Dilema Isteri Bekerja : Antara Suami dan Ibu Mertua"

  1. Erm, kenapa dia tak hantar aja bibik dia ngan anak dia ke rumah mak mentua dia? Kan senang. Semua org puas hati. At least ada jugak org supervisekan maid dia tu. Ntah apa2lah maid dia buat kat rumah kat anak dia tu kan waktu diorang pergi kerja, kan?

    Kepingin sangat mak dia nak spend masa ngan anaknya kan bila hujung minggu? Aku kalau boleh hujung minggu nak relaks sebab pada aku merasakan bahawa tiap2 hari aku sudah melayan dan spend masa dengan anak2 aku.

    But then, lain padang lain belalang. Dan mungkin juga aku rasa nak relaks kerana anak aku sudah tiga!

    BalasPadam
  2. wah sudah 3 bravo bravo

    masalahnya dia time weeknd jer sempat luangkan masa dengan anak-anak dia.

    Bila time nak bawak anak-anak dia jalan jerk, mak dia nk suh tido umah. Bila clash tu yg masalah..

    BalasPadam
  3. memang pening punya case nih... lain orang lain masalah, lain opinion, lain needs and wants... to me, Alhamdulillah, my son is being brought up by his own mother... so semua ok so far :)

    BalasPadam
  4. haha betul tu bro,

    lain orang lain masalah dia.

    kadang2 solution kita tak suit utk semua orang..

    BalasPadam

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar