-->

Insiden di Tol

Salam Semua,

Setiap hari berkerja aku akan berhenti tak kurang dari 4 tol. Tol RM 2.20. RM 0.50, RM 1.60. LDP, KESAS, ELITE dan PLUS. Maklumlah jauh Putrajaya ke Shah Alam.

25105005

First time aku bayar tol masa kat Shah Alam ni biasa lah kat tol batu 3. Awal-awal tu nk budget distance dengan nak bukak tingkap untuk berhenti depan-depan toll masa tu memang payah haha, Maklumla baru dapat lesen, so banyak tak reti lagi. Kadang-kadang kena buka pintu sebab berhenti jauh sangat. Tapi lama-lama ok dah. Sekarang ni pergi mana-mana pun nak kena bayar tol…

Toll Girl Cun sehhh

So banyak la pengalaman yang di kutip di setiap tol ni. Bila fikir-fikir balik macam kelakar pun ada. Ok lah mesti yang paling korang perasan adalah awek tol yang cun atau muka ala-ala model. Sejuk jek hati bila bayar tuh, tak terasa pun duit bayar tol. Hehe. Masa bujang dulu lagi lah member aku pegi ngurat plak awek-awek tol ni, nama dah tertera kan. Plak tu kalau dapat tol yang jaga tu lelaki, Menyumpah-nyumpah member aku.  Haha macam-macam. Tapi kadang-kadang aku pelik jugak muka lawa-lawa keja jaga tol je. Takpelah kan janji halal.

tollbooth

Terlebih bayar duit

Satu lagi perkara yang tidak boleh dilupakan bila aku terlebih atau terkurang bayar. Biasanya dia akan pulangkan lebih atau aku akan tambah kalau kurang. NI biasala kan. Tapi abang ipar aku dari arab, dia akan bagi lebih sebab sedekah dia cakap. Hahaha ada jugak orang nak sedekah orang yang jaga toll ni.

Masuk tol TngG bila nak bayar bagi tng kat lorong tunai :)

haa ni lagi satu lawak aku buat. Kadang-kadang aku pakai TnG, tapi biasanya tunai. So sometime aku mixed up, Masuk TnG tapi bila nak bayar aku masuk lorong tunai. Paling best aku akan bagi kad TnG dengan tunai, Its happen a few time dan aku akan buat muka blur dan awek yang jaga toll tu akan gelak-gelak kat aku. Bukan apa, kadang trip jauh dari opis ke rumah dan fikiran pulak melayang fikir macam. So bila nak bayar tuh, tak perasan sangat.

Duit syiling jatuh

MM ni biasanya happen kalau aku bayar pakai duit syiling yang banyak sebab duit syiling dah banayak sangat dalam keta. So bila dah jatuh tuh, biasanya toll man akan suruh biar kan aja.

Tiket ilang

So far tak pernah jadik lagi lah dengan aku, Tapi member aku ada kena, so what happen ? Ko kena bayar full hahah. dari JB ke utara. Dalam Rm60 lebih la. Dia akan accuse kita hilangkan tiket atau tak amik tiket. So kena bayar penalti.

TnG tak cukup balance

Hampir jadi pada aku, sebab tak perasan balance ada berapa. Bila dah tpuch tu tengok jerk, balance tk cukup so kena lah keluar dekat exit tol yang cukup-cukup untuk balance yang ada. Member aku pernah kena, so kena berhenti kat tepi tol, dan bayar duit yang tak cukup tuh. Haha malu besar.

Tapi peringatan kalau masuk guna lorong tunai, pastu terlupa masuk plak lorong TnG. Bila kita touch je, automatic balance kita akan habis. hehe So kalau tak percaya buuelh lah try ..

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Insiden di Tol"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar