-->

Kisah Ikan Bunting di Ofis Aku

Salam semua,

Aku memang dari kecik tak pandai nak bela bela binatang ni. Kucing ke Ikan ke memang lah aku tak reti. Dekat opis aku ada akuarium besar. Ada macam-macam jenis ikan. Nama aku tak tahu hehe. Tapi seekor demi sekor mati, badan kembung dan terapung di permukaan dengan bau busuk seluruh opis. At last we decided to bersihkan akuarium dari kayu ke setiap butir pasir dibersihkan dengan teliti. Barulah tiada ikan mati lagi. Tapi sudah terlambat sebab tinggal sekor je ikan lampam ni. Mmm lupa plak nak bagi nama hehe. Tapi ikan lampam ni lama lah jugak hidup dalam 1 tahun rasanya.

11062010488

Baru-baru ni aku tengok badan ikan lampam ni kembung semacam. Lerr aku ingat nak mati dah ikan ni. Rupa-rupanya ikan ni dah bertelur. Kesian aku tengok ikan lampam aku ni. Baru lah aku tahukan ni betina hehe. Aku juga baru tahu ikan ni nak bertelur tak payah jantan ekk. Lepas telur keluar baru jantan senyawakan. Camtu lah lebih kurang member aku citer, kalau dia tipu aku pun tipulah. Heheh

15062010640

Kesian aku tengok ikan tuh tak larat berenang. Macam ibu mengandung. At last my friend decided to lepaskan di tasik shah alam. Semoga ikan aku ni berjumpa dengan pasangan yang sesuai dan bertanggungjawab hehe. Moga-moga ada lah ikan lampam jantan yang sudi menerima ikan lampam betina aku yang bunting ini dan anak-anak ikan yang banyak dan sihat. :). Bye bye my ikan lampammm

15062010641

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Kisah Ikan Bunting di Ofis Aku"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar