-->

Belanda dan Spain di Final Piala Dunia 2010

 

Belanda menepati ramalan apabila berjaya menempah tiket ke final apabila berjaya menewaskan Uruguay 3-2. Gol-gol pasukan Belanda dijaringkan oleh Giovanni van Bronckhorst pada minit ke-18, Wesley Scneijder (minit ke-70) dan Arjen Robben (minit ke-73).Wan Brochust, Sneijder dan Robben. D.Forlan ternyata tidak mengecewakan apabila menjaringkan gol cantik dari luar kotak penalti.Manakala gol Uruguay dijaringkan oleh penyerangnya Diego Forlan pada minit ke-41 dan Maximiliano Pereira pada minit ke-91 waktu kecederaan.

SOTONG GERMAN SPAIN

Tukang Tilik Popular 2010

Manakala para penyokong Jerman mungkin ada yang ingin menggoreng sotong kurita Paul apabila ramalannya tentang kekalahan Jerman adalah tepat. Jaringan tunggal oleh C.Puyol hasil tandukan cantik dari sudut penalti mengecewakan beribu penyokong Jerman. Jerman dilihat tidak bermaya dan kurang melakukan serangan dan gerakan cantik. Pemain Spain lebih menguasai kawasan tengah padang yang diterajui oleh Ineista dan Xavi. Perlawanan pagi tadi menyaksikan Pedro pemain muda Barca berjaya mengucar kacirkan pertahanan Jerman.

Ketiadaan Muller jelas dirasai apabila jentera serangan Jerman seperti ketandusan idea untuk menyerang. Permainan Jerman juga tidak seperti ketika beraksi menentang Argentina tempoh hari.

 

Final Piala Dunia 2010 ini balak mencipta sejarah kerana kedua-dua pasukan belum pernah memenangi Piala berprestij tersebut. Spain juga akan menamatkan badi pasukan mereka yang gagal beraksi cemerlang di kejohanan besar. Perlawanan akhir annti dijangka akan lebih sengit kerana kedua-kedua pasukan akan menunjukkan permainan corak menyerang dan taktikal yang menarik. Mampukah Arjein Robben dan Sneijder menggalas harapan rakyat Belanda untuk menjuarai Piala Dunia 2010. Saksikan FInal Piala Dunia 2010 pada 12 July 2010 jam 2 30 pagi.

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

1 Response to "Belanda dan Spain di Final Piala Dunia 2010"

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar