-->

Juara Dunia Brazil tumbang di tangan Belanda

WAKAKA :)  Brazil Juara Dunia 5 kali tewas  dengan Belanda malam tadi. Permainan seakan dikuasai Brazil pada 10 minit pertama apabila F.Melo membuat hantaran cantik kepada Robinho untuk melakukan penyudah. Gol pertama dari Brazil tidak mematahkan semangat Belanda untuk terus menggasak kubu Brazil.

sneijder_1671633c W. Sneijder – Man Of the Match

Jentera serangan Belanda yang diterajui oleh Sneijder, Robbie Van Persie dan Arjein Robben mengkucarkan kacirkan pertahanan Brazil. Serangan demi serangan dilancarkan hingga akhirnya pertahanan Brazil hilang fokus. F. Melo melakukan kesilapan apabila menanduk bola masuk ke gawang sendiri. Brazil seolah-olah hilang punca apabila Kaka dan Robinho kurang menyengat pada masa kedua. Hanya 2 percubaan bahaya dari Kaka dan Maicon tetapi mampu di tepis oleh penjaga gol Belanda.

Gol kedua Belanda dijaringkan oleh W. Sneijder hasil sepakan sudut A. Robben. Gol kedua ini terus membakar semangat Belanda untuk menguasai terus permainan. Nasib Brazil semakin malang apabila F.Melo dibuang padang apabila melakukan terjahan keras terhadap Arjein Robben. Bermain dengan 10 pemain menyebabkan jentera serangan Brazil tumpul kerana terpaksa turun ke bawah untuk mendapatkan bola.

Tiupan wisel penamat menandakan Belanda layak ke separuh akhir Piala Dunia 2010 dan hanya linangan air mata dari pemain-pemain Brazil. Skrip Piala Dunia 2006 berulang apabila Brazil tewas dengan France hasil jaringan Thiery Henry di peringkat suku akhir.

Turning point penguasaan Belanda apabila F.Melo melakukan terjahan keras terhadap A.Robben, tindakan bodohnya itu telah menyebabkan Brazil hilang rentak dan punca. Apapun sejarah telah tercatat apabila Brazil gagal lagi untuk menjulang Piala Dunia 2010, manakala Belanda sudah hampir pasti ke final apabila akan bertemu samada Ghana atau Uruguay. May the best and great team WIN..WAKAKA ..

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Juara Dunia Brazil tumbang di tangan Belanda"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar