-->

Sayang nak kebumi di mana nanti?

kuburDari Nya kita datang dan kepada Nya juga kita kembali. Itulah yang biasa kita dengar, tetapi sejauh manakah ia memberi kesedaran kepada kita.

Pagi 24hb July wife aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari mak mentua aku. Yang aku sempat dengar wife aku terperanjat dan mengucap Innalilla..Risau aku, takut ada saudara terdekat yang meninggal dunia. Rupanya anak sepupu dia yang meninggal pagi tadi.

Baby berumur 7 bulan. Memang sejak lahir baby tuh ada masalah dengan paru-paru dia dan sudah 6 bulan di wad. Ibunya sering berulang alik ke Hospital untuk menjaga anaknya.

Baru minggu ni doktor suruh bawak balik rumah. Itu pun masih memerlukan tong oksigen. Ibu sudah pun mengambil cuti tanpa gaji untuk menjaga babynya. Tapi Tuhan lebih sayang kepadanya. Baby tersebut tiba-tiba demam dan terus dikejarkan ke hospital. Jam 4 pagi baby didapati meninggal.

Sedih aku tengok maknya. Sememangya ini sudah ketentuan Illahi. Takziah aku ucapkan kepada keluarga sepupu wife aku ni, Asiah namanya. Kebetulan family dan saudara ada datang menziarah untuk melihat baby yang baru keluar dari hospital tapi sayangnya tak sempat.

Banyak perkara jugak yang perlu kita settlekan dalam pengurusan jenazah ni. Nak panggil orang surau, nak buat report polis, nak uruskan tempat pengkebumian, nak uruskan tok imam. Insaf aku, terasa aku masih kurang dalam bab-bab ni. Surau dah lah jarang-jarang pergi. Mana tok imam , mana penggali kubur.

Suatu hari nanti benda ni akan berlaku jugak. Adakah aku bersedia ? Sempat jugak aku bergurau bertanya kepada wife aku.

Aku : Sayang nanti nak kebumikan di mana ?

Wife : Kalau orang nanti sayang kebumi kat kampung orang lah yang

Sempat jugak dia smash balik,

Wife : Sayang plak ?

Aku : Kampung orang lah jugak di Tangkak.

Begitulah kita kan, bila dah meninggal masing-masing nak balik kampung, biar mudah adik beradik dan sanak saudara melawat. Suami isteri pun masing-masing nak balik kampung masing-masing :).

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Sayang nak kebumi di mana nanti?"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar