Ular Raksasa, Sungai Siput dan Wartawan Utusan

ular

Banyak cara untuk melariskan akhbar. Menyiarkan berita panas, gosip artis, jenayah seks atau berita luarbiasa memang akan menarik ramai pemabaca. Tapi biarlah berita tersebut telah disahkan sumbernya.

Berita muka  tentang Ular raksasa di Sungai Siput ni memang mengemparkan. Malah boleh mencetuskan panik. Kalau ular sebesar tu kita boleh jumpa, maybe ada besar lagi kan. Ini dah macam filem Anaconda dah ni. Ular besar makan orang hehe

Bila tengok betul-betul gambar tuh, aku pun pernah dapat dalam email dulu. Yang lawaknya, pengarah perhilitan perak nampaknya lebih arif tentang internet daripada wartawan utusan haha. Adui kalau aku malu besar dah…

Moral- tak semua muka depan surat khabar tu boleh dipercayai. Check your fact first!

IPOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak hari ini menyangkal laporan penemuan seekor ular raksasa di hutan Sungai Siput dekat sini baru-baru ini seperti yang disiarkan oleh sebuah akhbar harian, Rabu.

Pengarahnya, Shabrina Shariff berkata, pemeriksaan dan siasatan yang dijalankan pihaknya mendapati gambar tersebut berasal dari China malah tiada laporan atau kes penemuan ular raksasa di kawasan berkenaan.

"Kita juga mendapati gambar (yang disiarkan akhbar itu) itu dapat dilihat dalam internet melalui pelbagai laman web...gambar yang berasal dari China itu disebarkan sejak tahun 2009," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut laporan akhbar berkenaan, ular raksasa itu dijumpai oleh sekumpulan pekerja balak di hutan Sungai Siput baru-baru ini dan ular berkenaan kemudiannya dibunuh.

Shabrina berkata, Perhilitan juga sebelum ini pernah melihat gambar seperti itu yang disiarkan oleh sebuah akhbar di Sabah selain laporan mengenai dakwaan penduduk di Paloh Inai, Pahang pada Mac lepas mengenai penemuan ular raksasa.

Beliau berkata, memang terdapat ular besar di Malaysia seperti ular sawa tetapi belum pernah dijumpai ular sebesar itu.- BERNAMA

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

2 Responses to "Ular Raksasa, Sungai Siput dan Wartawan Utusan"

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar