Upin Ipin dan Papa Damia


Papa Damia pun suka tengok Upin Ipin jugak. Kadang-kadang bila aku tengok Upin & Ipin ni, fikiran aku mengimbau kenangan 20 tahun lepas. Telatah kembar dua orang tu menyebabkan aku gelak sendirian. Ada scene-scene dalam episod Upin &Ipin yang sama dengan zaman aku kanak-kanak




Membesar di kem askar, banyak kenangan yang tak buleh dilupakan. Melihat Mail yang mengayuh basikal tua ayahnya dan selalu jatuh untuk belajar naik basikal samalah macam aku dulu. Belajar naik basikal tua ayah aku. Kanak-kanak lain naik basikal masing-masing, aku naik basikal tua haha. Lawak jugak, yang bestnya kalau hilang keseimbangan, aku akan crash landing dalam semak untuk meminimakan kecederaan hehe. Barulah anak jantan hehe kata mail..tak main lah roda empat ni hehe

Yang best Upin Upin dapat racket badminton buruk dan kena gelak dengan kawan-kawan, still sama dengan aku jugak. Masa tu tak mampu beli racket, dapat lah racket lama siap bengkok lagi. Ingat dapat lah sokongan moral ke apa dari akwan-kawan, kena gelak lagi haha. Biasalah budak-budak hehe. Tapi cerita Upin upin bagus, Opah bagi galakan dan mereka tetap berlatih sampai terror main badminton. Kes aku lain plak, aku sedih sebab kena kutuk bila balik terus aku buang racket tuh hehe. 

Banyak lagi tapi cukuplah dua tuh, apa pun pengalaman lalu menyebabkan you want to do the best for your kids right now. Damia memang bertuah, macam-macam menan ada tak macam aku dulu main robot-robot pun pakai sepit baju mak aku je. Imiginasi tinggi beb.

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

4 Responses to "Upin Ipin dan Papa Damia"

  1. suka tengok cerita upin upin nie... :-)

    BalasPadam
  2. hehe anak aku hari-hari wajib tgk upin ipin ni..

    sampai aku terpaksa buat macam-macam alasan, antaranya call upin ipin konon2 diaorag nak tido la, balik kampung la haha

    lawak betul, kalau tak asyik nak tnegok kat laptop aku

    BalasPadam
  3. hehe..... yeke .. sekali-sekala takpe lah yerk bro..

    BalasPadam
  4. Pasha pun minat sama upin and ipin :D

    BalasPadam

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar