-->

Terawih 8 atau 20 ?

Salam Ramadhan,

Macam mana puasa? ada improvement ? Terkenang semasa di sekolah asrama dulu, bulan puasa siap buleh main bola di padang. Terawikh 20 rakaat maintain. Solat jemaah pun senang sebab surau dekat jek. Sekarang, aduiyaii..malu nak cakap. Zaman sekolah jugak yang best pengalaman berpuasanya :) Siap tunggu meriam berdentum dari istana baru buka puasa.

Terawikh masa di sekolah dulu siap panggil budak tahfiz imam kan solat. Bayangkan buat 20 rakaat, sampai ada yang sujud tak bangun bangun haha. Tapi ada jugak tahun yang buat 8 rakaat, lepas 4 rakaat ada tazkirah pendek, so jemaah buleh berehat.

solat terawikh 8 atau 20 Gambar asal : allgreen islamic

Tahun ni surau di taman aku buat 8 rakaat sahaja. Pelik jugak sebab tahun lepas buat 20. Surau siap dah di tambah ruang bahagian tepi untuk menampung ketika bulan ramadan. Yelah bila buat 20, memang separuh akan balik bila dah 8 rakaat. termasuk la aku oopps :).

Tapi AJK surau aku bijak jugak, sebab walaupun buat 8, tetap habis dalam pukul 10 jugak. Kadang-kadang ada tazkirah selepas 4 rakaat. So jemaah kena tunggu jugak lah kan nak cukup kan 8 hehe. Kalau buat 20, bacaan imam biasa agak laju dan cepat je dah 8 rakaat. So suka la yang buat 8 ni buleh balik awal hehe.  So ada improvement lah bila buat 8 ni, lebih ramai jemaah yang buat sampai habis witir. Morih pun meriah.

Apa pun pendapat aku, tak usah gaduh-gaduh pasal 8 ke 20. Janji buat yang penting kualitinya. Banyak lagi isu di bulan puasa yang boleh kita fokuskan contohnya yag ponteng puasa, tadaruss al quran dan macam-macam lagi. Selamat beramal !

Huraian lengkap : Blog Mohdfit3

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Terawih 8 atau 20 ?"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar