Damia, Atiqah dan Gre Ning

From Drop Box


Damia dan anak jiran sebelah Atiqah memang baik. Tiap petang main bersama, dari pondok-pondok ke menanam pokok. Gre Ning plak, ialah seekor anak kucing peliharaan mereka berdua. Nama Gre Ning tu pun mereka berdua yang beri, aku pun tak faham apa maksudnya. Nak kata anak kucing tu hijau tidak lah plak. Kaler oren adala.
From Drop Box


Anak aku masa kecik bukan main takut lagi kucing ni. Sekarang bukan main berani lagi. Pegang kucing, sembang-sembang dengan kucing. Nak tergelak pun ada bila dengar perbualan Damia. Aku plak sejak dari kecik memang tak pernah bela kucing. So bila anak aku minat dengan Gre Ning ni, kesian plak. So aku beli la makanan kucing. Aku pun baru tahu makanan anak kucing dengan kucing dewasa berbeza-beza.
From Drop Box

Semenjak adanya Atiqah, anak jiran sebelah yang aru berpindah, Damia tkde la boring sangat. Ada je aktiviti di depan rumah. Kalau tidak pun dia akan main dengan si Gre Ning. Yang bagusnya,dia dengan Atiqah akan sama-sama belajar baca doa dan menyanyi hehe. Tapi kadang-kadang bergaduh jugak..budak-budak biasala.

Bercerita pasal jaga kucing ni, aku teringat ada Ustaz bercerita mengenai berbuat baik dengan binatang. Kisah seorang lelaki yang memberi minum seekor anjing yang kehausan di padang pasir. Setiap kebaikan yang kita lakukan akan mendapat balasan yang baik walaupun sebesar zarah. InsyaALLAH renung-renungkan.

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

1 Response to "Damia, Atiqah dan Gre Ning"

  1. comey sungguh kucing tuh.
    warnanya pun lawo~ =)
    best pulak kalo bela kucing nih ;)

    BalasPadam

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar