-->

Bahana Arak

Bila Sudah Hilang Kawalan Diri

 # Sedih sungguh bila baca cerita ni, mabuk satu hal. Yang pergi kelar kakak sendiri kenapa. Bila si adik dah sedar mabuk, terus nak cuba bunuh diri pulak.

Tak guna dah, nasi dah jadi bubur. Bunuh diri pun yang mati tidak akan kembali dik oi.

Arak merosakkan
Kemaruk Minum Arak

Trend sekarang ni kalau nak dapat projek atau kontrak kena belanja karaoke. Karaoke saja takpela, ni nak minum lagi pastu nak perempuan lagi. Member aku pernah cerita dia kena, senang je dia cakap. Yang masuk bil aku, karaoke je, minum dengan perempuan sendiri bayar.

# Begitula ketagihnya diaorang ni dengan arak. Kalau tak dapat tak sah. Beli duit sendiri tak nak. Pow kontraktor atau vendor. Nak projek tak nak kata mereka. Mana yang nak projek terpaksala. Kalau tak kompeni bungkus.
Betul ke?

# Kena yakin , rezeki dari Allah SWT, bukan dari pegawai kerajaan yang korup. Masalahnya benda ni dah jadi perkara biasa. Orang tak marah pun kat facebook atau kat wassap.

# Tapi kalau sentuh anjing jadi isu besar, semua bagi pandangan. Isu minum arak ni, mmm biasalaaa..


Ilmuwan Islam, Abdul Laith Assamarqandi dalam kitabnya Tanbihul Ghafilin berkata: "Awaslah kamu daripada meminum arak kerana ia mengandungi 10 bahaya iaitu:
  1. - Peminumnya berkelakuan seperti orang gila dan menjadi bahan ketawa anak kecil dan tercela dalam kalangan orang berakal.
  2. - Memboroskan harta dan merosakkan akal fikiran.
  3. - Menyebabkan permusuhan dengan kawan-kawan.
  4. - Terhalang daripada mengingati ALLAH dan solat.
  5. - Terdorong melakukan zina kerana dalam keadaan mabuk si peminum mungkin menceraikan isterinya tanpa disedari.
  6. - Arak adalah pembuka bagi segala kejahatan.
  7. - Perbuatan meminum arak mengganggu malaikat yang menjaga si peminum disebabkan kefasiqan dan bau busuk arak yang diminumnya.
  8. - Dikenakan hukuman dera 80 kali sebatan di dunia dengan disaksikan oleh keluarga dan teman.
  9. - Perbuatan meminum arak menutup pintu langit disebabkan segala kebaikan dan doanya tidak terangkat ke langit selama 40 hari.
  10. - Membawa akibat buruk terhadap diri si peminum kerana ditakuti tercabut imannya ketika mati.
Renung-renungkan dan selamat beramal.

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Bahana Arak"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar