-->

Damia Bersekolah di American School Ankara


Assalamualaikum. Marhaba. :)


Bukan mudah sebenarnya menjadi Mr Mama di perantauan. Bak kata member aku yang sudah 3 tahun di Perth menemankan isteri, mindset kena tukar dan mental kena kuat.

Mana mungkin dapat menyesuaikan diri dalam masa yang singkat duduk di rumah jika sudah biasa bekerja dan outstation. Mula-mula memang seronok tapi kalau tiada aktiviti bosan juga terperuk di rumah. Terpaksa la mencari aktiviti menarik. Antaranya ialah kembali berblogging. So fikiran akan aktif mencari idea untuk menulis coretan hidup di Ankara Turkey ini.

Coretan pertama yang ingin dikongsikan ialah sekolah Damia. George Marshall School merupakan sekolah international untuk askar-askar US di Ankara. Security memang terbaik. Siap ada jeep hitam follow bas sekolah. 


So setiap pagi 730 pagi, aku akan hantar dia naik bas ke sekolah. So hari-hari aku berjalan naik bukit ke tempat pickup dia. Balik pulak pukul 320 petang. Sekarang Oktober dah musim Fall, so sejuk pagi2 kalau keluar rumah.






Kelas pun tak ramai Grade 1, 11 orang jer. Lunch box aku siapkan, buat roti dengan tuna atau Nutella. Feveret Damia tu, makan Nutella saje pun boleh.



Baru 2 minggu dia sekolah, so far ok la. Aku risau jugak, masalah bahasa. Maklumla dulu sekolah SK sahaja di Putrajaya. Semoga dia mudah faham dan berjaya di masa depan.


Sesuatu yang menarik juga untuk dibincangkan perbezaan antara Grade 1 sini dengan Darjah Satu di Sekolah Kebangsaan. Cikgu di SK lebih garang dan menghukum pelajar compare dengan Cikgu di American School yang lebih ikhlas. hehe 

Subjek pun tak banyak dan student lebih relax. Tak stress aku tengok dia. Tapi Agama je lah takde. So kena jugak ajar sendiri.

Sekian dulu dari Ankara, Mesa Vadi Sitesi.

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Damia Bersekolah di American School Ankara"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar